JASA dan khidmat para petugas barisan hadapan atau frontliner disanjung tinggi. Sepanjang masa mereka bertungkus lumus membantu pesakit yang memerlukan rawatan.

Dalam menjalankan tugas, petugas kesihatan tidak dapat lari daripada mengalami pengalaman aneh dan menyeramkan termasuk menerima panggilan daripada ‘pesakit’ misteri.

Pengguna TikTok @medicalasiststant yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan menceritakan detik menerima panggilan mengatakan ada pesakit tidak sedarkan diri rumah.

Kisah berkenaan difahamkan berlaku pada tahun 2017.

“Saya mendapat panggilan pada pukul 5.30 pagi, menyatakan nama dan alamatnya mengatakan tidak sedarkan diri di rumah.

“Dalam masa 15 minit saya dan pemandu dan seorang lagi bergerak sampai ke rumah yang dialamatkan.

“ Sesampainya saya ke rumah berkenaan, rumah gelap. Saya turut memberikan salam tetapi tidak dijawab. Saya kemudian menelefon kembali ke klinik, untuk menyemak alamat rumah. Semuanya betul.

Baca juga: Tiada Lagi Skirt Ketat, Kasut Tumit Tinggi, Syarikat Penerbangan Ukraine Perkenal Pantsuit, Kasut Sneaker Untuk Pramugari

“Bila saya hubungi kembali nombor ‘pesakit,’ tiada dalam perkhidmatan. Cemas rasanya. Sedang bercakap dengan pemandu, kedengaran pula burung hantu di atas bumbung rumah. Terus kami bergegas meninggalkan rumah berkenaan.

“Pada pagi keesokannya, kami cuba periksa namanya di klinik dan mendapati pesakit berkenaan sudah meninggal tiga tahun lepas,” katanya.

Meremang bulu roma apabila mendengar para cerita frontliner berkongsi pengalaman ketika bertugas. Adakah kemungkinan si mati meminta pertolongan melalui frontliner untuk menyampaikan kepada waris untuk memperbanyakkan doa buatnya di alam sana?

Susulan perkongsian video berdurasi 59 saat itu, warga maya mengakui meremang bulu roma. Bahkan ada yang turut berkongsi menceritakan pengalaman menyeramkan masing-masing.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Pocong Goyang Badan, Geleng Kepala, Ganggu Abang Polis Di SJR

Antara perkara yang wajib untuk diimani oleh setiap muslim adalah beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lain-lain. Antara perkara ghaib yang wajib diimani adalah kewujudan jin dan syaitan.

Walaupun kita tidak dapat melihat jin dan syaitan dengan mata kasar, bukanlah bermakna ia tidak wujud. Perkara ini dinyatakan oleh ALLAH SWT di dalam Al-Quran:

Iklan

إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ

Maksudnya : “…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka…”

(Surah Al-‘Araf : 27)

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @medicalasiststant, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan