Ingatkan pakai filter, bibir Haris Annuar bengkak disengat tebuan

Iklan
Untitled design (4)

SERANGAN tebuan tidak mengenal sesiapa. Bisa pada sengatannya boleh menyebabkan kegagalan pada organ dalaman jika tidak dirawat segera.

Perkara itu menimpa pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Haris Annuar yang mengalami bengkak pada muka selepas diserang tebuan tanah.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kejadian berlaku apabila Haris mandi pada pagi ini. Difahamkan seekor tebuan hinggap pada tualanya.

Iklan

"Pada waktu itu saya tidak perasan ada tebuan pada tuala. Selepas saya cuci muka dan bilas, saya ambil tuala dan lap muka.

"Bila ditekap, tebuan itu terperangkap diantara tuala dan muka saya. Jadi dia terus menyengat pada bahagian bibir. Maka bibir pun terus bengkak.

Iklan

"Guys ini bukan filter ya,” kata Haris.

Walaupun muka membengkak, adik kepada personaliti TV, Nadia Annuar itu masih mampu tertawa dalam video yang menjelaskan situasi dirinya.

Ramai di kalangan follower beranggapan Haris mengguna filter pada aplikasi Instagram sehinggalah dia tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Haris yang sedang dirawat di sebuah hospital di Ipoh menjelaskan bahawa dia akan discaj dari wad esok.

Tebuan adalah antara serangga berbisa yang boleh mengakibatkan kesan serius seperti kegagalan organ dalaman kerana kandungan toksinnya.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Baca juga: ”Disangka Aiskrim Rupanya…”Cecair Pelbagai Warna Dalam Plastik Jentik Hati Warga Maya

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @harrisannuar