UJIAN sudah pasti akan hadir dalam hidup setiap manusia. Cuma yang berbezakan ialah jenis dan kadar ujian itu kecil atau besar bersesuaian dengan penerimanya.

Siapalah kita untuk menolak takdir, maka bersyukurlah dengan apa yang ada. Hargailah nikmat yang kita miliki walaupun kecil kerana ia mungkin tidak mampu diperolehi orang lain.

Kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @AinulNunanaa ini cukup menyentuh hati netizen.

Foto yang dimuatnaik memaparkan cecair di dalam plastik. Plastik tersebut lazimnya digunakan untuk aiskrim Malaysia digantung berderetan.

Kelihatan cecair beberapa warna iaitu hijau, kuning, ungu dan hitam terisi di dalamnya namun tidak pula disejukkan.

“Kisah ‘eskrem’ tak boleh sejuk’ yang buat I rasa sebak dan beri pengajaran hidup.

“Semalam terbaca kisah ‘eskrem’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa eskrem ni tak letak dalam ice box?

“Rupanya… ini semua bukan ‘eskrem’ yang macam kita sangka. Ini adalah penyelamat untuk mereka,” tulisnya.

Jelasnya ia adalah cecair pencuci pinggan, kicap dan minyak masak yang mana setiap satunya dijual serendah 20 sen.

“Dynamo, Sunlight, minyak masak, kicap adalah susunan plastik dr kiri ke kanan yang mana setiap satunya bernilai RM0.20 sen.

“Untuk mereka yang tak mampu beli 400gram-1Kg untuk setiap kegunaan. Ya ALLAH, terjentik hati ni.

“I baca tu terus rasa macam Ya ALLAH, rasa bersyukur sangat!

“Nak beli sabun, kicap, sebotol dalam RM4 ke RM7 kita boleh ambil sahaja terus bayar dekat kaunter tanpa perlu berfikir panjang.

“Nikmat yang kadang kita lupa nak syukuri. Ada keluarga yang hanya mampu beli barang dapur dengan harga 20 sen untuk sekali guna. Atau kalau ada lebih, simpan.

Baca juga: Tragis! Ibu Bapa Maut Ditetak Anak Bertubi-Tubi, Ini 9 Fakta Mengenainya

“Rezeki kita adalah nikmat yang selayaknya dikongsi. Dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki orang lain.

“Kalau kita nampak RM10 kecil, sangat besar RM10 untuk satu lagi keluarga yang lain,” ciapnya.

Difahamkan, barangan keperluan tersebut dijual di Malaysia oleh pekedai yang prihatin dengan kesusahan orang lain.

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Iklan

“Saya rasa bagus sangat tuan kedai buat opsyen macam ni. Dia sebenarnya sudah membantu orang lain dengan cara yang termampu.

“Semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan kedai yang jual barangan keperluan dlm kuantiti sedikit dengan harga yang kecil.

“Semoga kisah ni juga jadi pengajaran untuk kita,” tulis Ainul.

Susulan itu, warga maya turut berkongsi dahulu barangan keperluan dalam peket kecil ada dijual namun kini tiada lagi.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons daripada warganet. Rata-rata rasa pilu dan tersentuh.

– “Buat masa pandemik ni kedai patut buat mcm ni. Sangat membantu. Insya-ALLAH benda baik mudah disebarkan.

– “Menjentik hati. Di kala kita pandang enteng bil barangan runcit di pasaraya ada yabg berkira-kira membeli keperluan. Mungkin ada yang berkira untuk beli beras setengah kilogram di kedai acheh. Pernah beli atau jumpa yang beli beras setengah kilogram? Sebaiknya dibantu jika boleh.

Iklan

– “Kepada sesetengah orang, 20 sen itu besar nilainya, namun bagi orang tertentu tidak diendahkan pun. Selalulah bersyukur apabila ALLAH memberikan nikmat.”

– “Kita yang berduit masih bertengkar pasal telefon mana lebih canggih. Orang lain fikir nak teruskan kehidupan.”

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

Manakala seorang pengguna Twitter berkata barangan keperluan dalam pek bersaiz kecil pernah dijual di Malaysia suatu ketika dahulu.

“Dulu-dulu memang ada dijual sabun, syampu, kopi, susu pekat dan lain-lain lagi dalam sachet kecil. Sekarang tidak ada lagi di Malaysia. Tapi kalau pergi Indonesia, Filipina dan India, benda macam itu masih banyak dijual di kedai-kedai kecil di kawasan luar bandar,” katanya.

Setiap manusia akan diuji, itu pasti. Semoga perkongsian ini memberikan keinsafan dan pengajaran buat kita semua agar bersyukur dan menghargai dengan apa yang ada.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @AinulNunanaa