Sekali lafaz, Ayie Floor 88 sah bergelar suami Tasha Nawi

Iklan
Untitled design (10)

SEPULUH bulan mengikat tali pertunangan, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie akhirnya menamatkan zaman bujang dengan suri hatinya,Tasha Awie dengan hanya sekali lafaz.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 24, dinikahkan sendiri oleh bapa Tasha, Ahmad Nawawi Mad Nasir.

Iklan
Iklan

Pasangan pengantin baru itu memakai sepersalinan serba putih melangsungkan akad nikah di Masjid Ukay Perdana, Ampang jam 10 pagi tadi.

Iklan

Dalam majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.

Iklan

Menurut laporan portal media tempatan, penyanyi itu menyerahkan mas kahwin RM1,000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, macam tak percaya akhirnya saya dan Tasha selamat disatukan sebagai suami isteri hari ini.

"Syukur majlis berjalan lancar meskipun kita masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19,” kata Ayie.

Malam tadi, pasangan ini sempat mengadakan majlis berinai dengan bertemakan Bollywood.

Difahamkan, Tasha atau Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, juga adalah rakan kongsi Ayie dalam perusahaan kafe bernama Ayie Elham Cafe yang terletak di Setapak.

Setelah tiga tahun menyulam cinta, mereka berdua mengikat pertunangan pada Januari lalu di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur.

Baca juga: Ryzal, Maryam Durian Kimchi Timang Bayi Perempuan, Syukur ALLAH Mudahkan Bersalin

Baca juga: Tengah Rancang Bercuti Di Pulau Langkawi? Ini 12 Resort Tepi Pantai Yang Best

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram @ayieelhamf88, @tashaawie