LANGKAWI memang tidak asing lagi bagi kebanyakan pelancong tempatan. Rata-rata ‘kaki bercuti’ tidak akan pernah jemu dengan pulau yang kaya dengan misteri ini.

Langkawi merupakan di antara destinasi pelancongan yang sangat popular di Malaysia.

Sebuah pulau yang menjadi tarikan dari seluruh dunia yang sangat kaya dengan warisan, tempat menarik dan juga bersejarah.

Meskipun ia merupakan sebuah pulau sahaja, namun terlalu banyak tempat menyeronokkan yang tersedia di sini.

Sempena pembukaan Pulau Langkawi yang boleh mula dikunjungi bermula 16 September, ini senarai resort di tepi pantai di Pulau Langkawi yang best untuk bercuti.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Langkawi ada beberapa kawasan pantai yang cantik dan banyak resort bagi korang menikmati suasana laut, antaranya;

Pantai Cenang – Kawasan pantai utama di Langkawi ini bukan sahaja ada kawasan pantai untuk mandi, tapi kedai makan, cenderamata dan suasana malam hidup dibandingkan kawasan lain Langkawi.

1. Meritus Pelangi

Resort tepi Pantai Cenang Langkawi ini dibuat gaya Melayu.

Biliknya luas, suasana keliling hijau dan untuk main air, pilih sama ada mahu berenang di kolam besar atau mandi di pantai putih yang sedia menanti.

Bila malam, boleh bersiar kawasan Cenang. Bila siang melawat tarikan seperti Underwater World dan Laman Padi pun senang.

Kalau korang mahu resort tepi pantai yang bagus di Langkawi tapi mahu juga dekat dengan tarikan-tarikan yang ada di pulau ini, pilih Meritus Pelangi.

Pantai Tengah – Resort-resort menghadap Pantai Tengah ini ada pantai yang lebih tenang dari orang ramai, tapi masih dekat dengan Cenang untuk korang cari makan dan santai malam-malam. Sesuai untuk mereka yang inginkan kesunyian tapi masih mahu dekat dengan suasana sibuk Cenang sesekali.

2. Holiday Villa

Di resort Holiday Villa Langkawi, korang dapat pool inifiniti yang luas dan letaknya di tepi pantai putih menghadap laut Selat Melaka.

Bilik agak berusia tapi besar. Ada balkoni bersantai.

Untuk yang datang dengan keluarga dan mahukan resort tepi pantai yang harganya sederhana, ini antara pilihan yang boleh dipertimbang bersama.

3. Frangipani Langkawi

Resort Frangipani di Pantai Tengah ini satu resort harga sederhana yang ada pantai di tepinya.

Pool di sini kecil sahaja, tapi pantai ada di depan mata untuk berenang puas-puas pada bila-bila masa.

Fasiliti terhad, tapi bilik ada balkoni.

4. Dash Resort

Resort ini untuk orang muda. Ia bukan saja ada pantai peribadi, tapi juga ada pool besar yang best untuk mandi atau untuk posing buat OOTD di medias sosial.

Sesetengah bilik di sini ada jakuzi dan hiasan bilik pun funky.

Setiap petang ada live DJ kat sini, membuatkan resort ini macam satu parti. Sesuailah untuk mereka yang suka muzik dan bersosial.

Pantai Tanjung Rhu – Bagi sesiapa yang mahu dekat dengan pantai putih yang luas ( yang dikatakan antara pantai yang tercantik di dunia) dan dekat dengan mangrove tour, kawasan di sini sangat sesuai.

Tengah rancang bercuti di Pulau Langkawi? Ini 12 resort tepi pantai yang best

5. Four Season Langkawi

Ini resort Langkawi yang menggabungkan Barat dan Timur dengan suntikan elemen Arab di dalamnya.

Hasilnya, resort fusion mewah dalam taman seluas 48 ekar yang sesuai untuk pasangan bulan madu ataupun keluarga bercuti.

Biliknya sangat luas. Di belakang villa ada gunung batu kapur prasejarah. Di hadapan verandah boleh nikmati pasir pantai memutih dengan pemandangan indah.

Ini antara resort termahal yang ada di Malaysia. Kemewahan yang dapat di sini berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

6. Tanjung Rhu Resort

Dengan pantai peribadi sejauh 2.5 km, ini resort tepi pantai Langkawi untuk yang mahu menikmati pemandangan senja di kawasan pantai antara terbaik di Malaysia ini.

Resort mempunyai tiga swimming pool, lima restoran dan juga spa. Jadi korang tak perlu keluar dari resort ini.

Untuk explore kawasan sekitar, untuk ke Kilim Geoforest hanya beberapa minit sahaja. Galeria Perdana pun dekat saja.

Pantai Teluk Datai – Kalau sukakan alam semulajadi dan mahukan cuti di Langkawi yang dekat dengan pantai, boleh pertimbangkan resort-resort di Pantai Teluk Datai. Menginaplah di sini jika mahu habiskan masa di hotel-hotel terbaik Langkawi dan cuma sesekali keluar untuk ke tarikan pulau yang jauh dari sini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

7. The Andaman

Sesuai untuk mereka yang sukakan bunyi unggas dan ombak, the Andaman ini ada pantai peribadi sejauh 3 km.

Boleh masuk ke hutan dengan guide atau ikut serta memelihara batu karang di pusat konservasinya.

Untuk si kecil, ada Young Explorer’s Club, untuk ibu ada C Hair Saloon dan V Spa dan ayah boleh lepaskan gian golf di ELF Club yang tak jauh mana.

Iklan

Tengah rancang bercuti di Pulau Langkawi? Ini 12 resort tepi pantai yang best

8. The Datai

Ini antara resort paling mewah di tepi pantai Teluk Datai. Resort berada dalam hutan dara berumur 400 juta tahun. Jika bernasib baik, boleh terserempak dengan ikan lumba-lumba di pantai.

Sesetengah villa ada private pool. Biliknya luas, restoran selera bertaraf antarabangsa dan suasana resortnya lebih cantik dari gambar-gambarnya.

Senang cerita kalau sukakan hutan dan pantai dan wang bukan masalah, ini adalah resort tepi pantai yang wajib dicuba.

Pantai Kok – Kawasan Pantai Kok ini adalah kawasan pantai di Langkawi yang ada pemandangan kapal-kapal peribadi di lautnya. Ia dekat kereta kabel Langkawi untuk mereka yang tak mahu memandu jauh.

9. The Danna

Hotel dengan gaya kolonial ini adalah resort tepi pantai Langkawi yang mewah. Dan kalau cerita tentang swimming pool, ia ada kolam renang tiga tingkat yang juga terbesar dalam seluruh pulau ini.

Setiap bilik ada tub mandi dan balkoni manakala hotel dilengkapi spa, kids room dan empat restoran, termasuk restoran The Planters yang terkenal di Langkawi.

Pantai menghadap dua pulau kecil dengan pemandangan kapal-kapal peribadi, suasana seperti bercuti di luar negara.

Untuk ke tarikan utama Langkawi seperti kereta kabel, cuma perlu memandu 10 minit dari sini.

10.Berjaya Resort

Kalau suka bunyi ombak, ini antara resort tepi pantai Langkawi yang ada villa atas laut. Dekorasi bilik biasa saja, tapi besar dan selesa.

Nak honeymoon? Ambil chalet atas air sebab korang boleh layan jakuzi dari bilik sambil tengok berlabuhnya matahari senja.

Pantai peribadi ada di tepi pool besar, sesuai sangat untuk yang holiday dengan family atau pasangan.

11. Ritz Carlton

Iklan

Dibina selama 7 tahun, resort mewah Ritz Carlton Langkawi ini dikelilingi hutan yang dihuni monyet lemur dan burung enggang, sesuai untuk mereka yang mahukan cuti dengan bunyi alam semulajadi.

Dibuat dengan gaya Melayu-Siam, resort ini ada 90 suite yang luas dan 29 villa yang dilengkapi private pool.

Selain bilik dengan pemandangan hutan atau laut, resort ini juga hadir dengan kolam infiniti, spa di platform atas laut, dan katil yang sangat selesa.

Ia ada pantai peribadi yang cantik, tapi tidak sebesar kebanyakan resort-resort lain.

Baca juga Ini 15 tempat menarik di Pulau Pangkor, dijangka dibuka mulai 1 November

Tengah rancang bercuti di Pulau Langkawi? Ini 12 resort tepi pantai yang best

12. Vivanta by Taj

Apa yang lebih istimewa dari tinggal di pulau peribadi masa cuti? Dari Langkawi ke sini, korang akan naiki bot dari Cenang.

Kawasan di sini pemandangannya romantik, senang cerita sesuai sangat untuk mereka yang ingin honeymoon atau anniversary.

Semoga bermanfaat. Ingat! Kita masih belum menang dalam wabak Covid-19, terus amalkan SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, cuci tangan dan jaga penjarakan sosial.

Sumber: JomJalan