[VIDEO] Pemuda batal niat hiking, pikul sampah 10kg bersihkan laluan pendakian

Iklan
[VIDEO]Pemuda batal niat hiking, pikul sampah 10kg bersihkan laluan pendakian

MENJAGA kebersihan bukan semata-mata terletak kepada satu pihak sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama.

Sampah sarap wujud kerana manusia yang membuangnya. Jika manusia memainkan peranan masing-masing untuk tidak membuangnya merata tempat, pasti tak ada sampah akan dihanyutkan ke sungai atau lautan.

Iklan
Iklan

Muhamad Hafizi Tajudin memberitahu, dia dan rakannya, Nuralia Faziera Mohamad, 27, memutuskan untuk mengutip dan membawa turun longgokan sampah yang ditinggalkan di sepanjang laluan pendakian ke tempat pembuangan sampah.

Iklan

Katanya, pada mula dia mengutip sebotol minuman yang dibuang sebelum terjumpa longgokan sampah sarap di dalam sebuah plastik hitam.

Iklan

Ceritanya lanjut, dia mengambil masa sehingga 40 minit untuk membawa turun sampah berkenaan kerana perlu melalui laluan berbukit dan curam sejauh 1 kilometer (km).

Walaupun agak penat kerana terpaksa memikul bebanan seberat 10 kilogram (kg), pemuda mesra disapa Pok Jie itu berasa puas kerana dapat membersihkan kawasan itu. Antara sampah yang ditemui termasuklah botol-botol minuman, bungkusan makanan dan pelitup muka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya, kelihatan dia mengutip dan memikul sampah berkenaan menuruni kawasan bukit tersebut.

Sementara itu, video berkenaan turut dikongsi Facebook Discovery Terengganu dan sehingga kini telah mendapat 1.8 juta tontonan, hampir 82,000 tanda suka serta lebih 8,000 perkongsian.

Harapannya hanya satu, moga apa yang dikongsikan itu dapat menyuntik kesedaran sivik dan semua orang dapat sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.

Justeru bagi korang yang beraktiviti riadah tidak kira di mana tempatnya, pastikan;

1. Menjaga kebersihan persekitaran

  • Pastikan tempat bersih dan ceria.
  • Buang sampah di tempat yang disediakan.
  • Ingatkan orang ramai membuang sampah di tempat disediakan.
  • Gotong royong membersihkannya.

2. Memelihara dan memulihara

  • Sedari keindahan tanggungjawab bersama.
  • Pulihara daripada kerosakan.
  • Pulihara kemudahan yang rosak.
  • Pulihara pokok dan tumbuhan agar segar.
  • Indahkan kawasan dengan pokok bunga.
  • Gotong-royong mencantikkan.
  • Hapuskan gejala vandalisme.

Baca juga Dilahirkan tanpa lengan bukan penghalang, pemuda ini buktikan kekurangan jadi kelebihan untuk berjaya

3. Penggunaan yang betul

  • Guna dan jaga kemudahan dengan tanggungjawab.
  • Guna kemudahan dengan baik dan cermat.
  • Laporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kerosakan.
  • Gotong-royong baik pulih kemudahan rosak.

4. Tidak mengganggu orang lain

  • Hayati konsep kemudahan untuk kegunaan bersama.
  • Pelihara keharmonian dan hak orang lain.
  • Jadikannya tempat menjalin silaturahim.
  • Pelihara perasaan dan ketenteraman orang lain.
  • Tidak melakukan perkara tidak sopan.

Jagalah alam sekitar!