Mudahnya! Gambar dan video kini boleh terus upload ke Instagram melalui desktop

Iklan
Instagram

WAH berita gembira buat warga Instagram (IG). Akhirnya, kini korang boleh muat naik gambar beserta video ke akaun Instagram terus melalui desktop atau komputer.

Ini adalah antara ciri terbaru yang diperkenalkan aplikasi itu kepada semua pengguna.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, jika pengguna ingin muat naik gambar atau video, mereka hanya boleh berbuat demikian menerusi aplikasi telefon pintar sahaja.

Iklan

Iklan

Pada awalnya, ciri terbaru ini mula diperkenalkan pada awal tahun ini tetapi hanya beberapa pengguna sahaja yang layak menggunakannya. Kini tidak lagi, apabila kemaskini terbaru ini tersedia untuk semua.

Cara upload gambar ke IG melalui komputer;

LANGKAH 1

Korang boleh guna mana-mana browser internet seperti Chrome, Firefox atau Microsoft Edge dan buka laman web Instagram di www.instagram.com.

LANGKAH 2

Login seperti biasa menggunakan username atau emel beserta password.

LANGKAH 3

Untuk upload, cari butang CREATE pada bahagian atas dengan ikon [+]. Klik pada ikon tersebut.

Baca juga Ramai persoal hampir 50% kematian Covid-19 lengkap vaksin, Dr Mahesh tampil beri penerangan

LANGKAH 4

Korang boleh mula upload dengan klik pada 'Select from computer' atau drag n drop sahaja mana-mana gambar atau video terus masuk ke IG.

Kesemua ciri seperti crop, filter, adjustment ada disediakan sama seperti di aplikasi IG. Akhir sekali, masukkan caption dan klik Share.

Mudah kan! Jadi selepas ini, jika ada gambar-gambar menarik dalam komputer, korang tidak perlu lagi masuk ke telefon dan upload melalui aplikasi, sebaliknya boleh terus upload ke IG menerusi komputer.