“SECARA mutlak, kematian di Malaysia semakin menurun dan salah satu sebab yang utama adalah liputan vaksin yang tinggi.”

Demikian ciapan di laman Twitter, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appannan menjawab pertanyaan orang ramai berkaitan kadar kematian melibatkan mereka yang sudah lengkap menerima vaksin Covid-19.

“Ramai yang tanya jika vaksinasi betul-betul berkesan, mengapa hampir 50 peratus kematian dalam dua minggu terkini adalah mereka yang sudah lengkap divaksinasi?

“Kita perlu faham kadar vaksinasi di Malaysia kini sudah tinggi bukan sahaja dalam kalangan penduduk dewasa, tetapi penduduk secara keseluruhannya. Oleh itu, apa jua statistik kebanyakan mereka akan didapati sudah lengkap vaksinasi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Kalau saya membuat kajian, berapakah peratus daripada mereka yang beli nasi kandar sudah lengkap divaksinasi, peratusannya juga akan tinggi. Ini tidak bermakna ada ‘causal effect’, ataupun tidak bermakna lengkap vaksinasi ada kaitan dengan suka beli nasi kandar.

“Perbandingan yang lebih baik ialah 22 peratus populasi tidak divaksin manakala daripada kematian, 44 peratus tidak divaksinasi,” katanya.

Dr Mahesh menjelaskan, ini menunjukkan ‘over-representation’ iaitu risiko mati lebih tinggi jika menolak vaksin.

“Perbandingan seperti ini adalah ‘rough way’ untuk menganggar keberkesanan vaksin. Lagipun, kita tidak boleh melihat angka peratus sahaja.

“Bukan itu sahaja, kita tidak boleh menilai VE sesuka hati sahaja atau memutar belit fakta,” ujar beliau.

hospital ICU Covid-19

Katanya, penilaian VE yang lengkap misalnya kajian RECoVaM oleh ICR-NIH memerlukan kaedah saintifik yang mengawal faktor masa dan lokasi serta pengaruh lain seperti umur dan komorbid.

“Vaksin tidak bermaksud menjadi kebal 100 peratus, namun ia memberi perlindungan yang amat tinggi. Inilah dapatan kajian RECoVaM, vaksin adalah 88 peratus berkesan dalam mencegah kematian.

“Ia juga amat berkesan dalam mengurangkan risiko kesan buruk lain. Lagipun, usaha memberi dos penggalak atau dos ketiga sedang dipergiat dari hari ke hari,” katanya.

Sebagai doktor dan juga rakyat Malaysia, beliau turut berbangga dengan pencapaian liputan vaksinasi Malaysia yang menjadi antara tertinggi bukan sahaja di Asia tetapi di dunia.

Iklan

Baca juga Hilang pendapatan sepanjang 2021, semakan bantuan BKP boleh dibuat bermula hari ini

“Vaksin merupakan kunci untuk ‘hidup dengan Covid’, bersama SOP yang efektif dan berasakan sains,” tegasnya.

Terdahulu, dos penggalak ditawarkan kepada petugas barisan hadapan (kesihatan dan ATM), warga emas dan berkomorbid yang lengkap vaksin Pfizer dan Sinovac bagi memastikan tempoh perlindungan tahap optimum.

Iklan

Sumber: Dr Mahesh Appannan