PELAKON Kanada, Keanu Reeves telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang rakan sekerja yang baik hati apabila menghadiahkan jam tangan Rolex baharu kepada lagak ngeri John Wick 4.
Lapor Metro, hadiah mewah itu diberikan Reeves, 57 selepas tamat penggambaran filem sekuel berkenaan. Ia sebagai penghargaan buat empat pelakon lagak ngeri berkenaan yang bekerja keras sepanjang penggambaran.
Empat pelakon lagak ngeri, Bruce Lee Concepcion, Jeremy Marinas, Dave Camarillo dan Li Qiang berkongsi kegembiraan di laman sosial masing-masing setelah menerima jam tangan Rolex Submariners di sebuah kafe di Paris Sabtu lalu.
"Hadiah berbalut terbaik yang pernah saya terima," tulis Manas. Dia juga berkongsi foto di mana pelakon itu telah menambah mesej terukir pada jam tangan tersebut.
Reeves pertama kali membintangi filem John Wick pada 2014 yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang membalas dendam selepas anjingnya dibunuh.
Sejak itu, Reeves terus muncul dalam dua sekuel iaitu John Wick: Chapter 2 pada 2017 dan John Wick: Chapter 3: Parabellum pada 2019.
John Wick 4 dijangka akan ditayangkan pada 27 Mei 2022.
Baca juga: Uniknya, 11 Anak Miliki Nama Empat Abjad, Hanya Guna Huruf A, E, L Dan X
Baca juga: Justin Bieber Berhabis RM5,800 Beli Dadah Dikecam
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Mirror UK