ADALAH menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan nama yang baik kepada cahaya mata selepas menyambut kelahirannya

Sebuah keluarga di Belgium menampilkan keunikan yang mana 11 orang anak mereka memiliki nama daripada variasi empat huruf yang sama.

Pasangan suami isteri, Gwenny Blanckaert, 32, dan Marino Vaneeno, 39, menggunakan huruf A, E, L dan X dalam menamakan tujuh anak perempuan dan empat anak lelaki mereka.

Anak sulung Alex, 13, diikuti Axel, 12, Xela, 11, Lexa, 10, Xael, 9, Xeal, 8, Exla , 5, Leax , 4, Xale, 2, Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Menurut Blanckaert, pada awalnya mereka menamakan anak sulung mereka, Alex, sempena nama bapa tiri Vaneeno.

Selepas kelahiran anak kedua, nama Axel menjadi pilihan mereka tanpa menyedari ia daripada huruf yang sama dan terdiri daripada empat abjad.

Bagaimanapun bagi kelahirannya yang berikut, pasangan itu mula mempelbagaikan nama daripada huruf A, E, L dan X.

Iklan

Blanckaert kini sedang hamil anak mereka yang ke-12 dan dijangkakan melahirkan bayi lelaki itu pada April 2022.

Nama empat huruf yang menggunakan A, E, L dan X dipercayai dapat divariasikan kepada 24 nama sahaja.

Iklan

Bagaimanapun pasangan itu tidak merancang menambah anak lagi selepas kelahiran cahaya mata ke-12 tahun hadapan.

Baca juga: Mata merah, tinggi daripada manusia, pengamal perubatan dedah rakaman interaksi makhluk halus

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Mirror, HLN