PERSEKITARAN yang kotor tidak sepatutnya menjadi lokasi pemprosesan makanan kerana ia boleh mendedahkan kepada masalah keracunan.
Beberapa foto kilang memproses fucuk di Pulau Pinang itu sungguh meloyakan, apatah lagi apabila najis tikus juga turut ditemui di ruang pemprosesan.
Bernama melaporkan Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata keadaan kilang tersebut disifatkan sebagai tidak layak beroperasi dan perlu menghentikan segala kerja memproses makanan dengan kadar segera.
10 FAKTA MENGENAI KILANG FUCUK KOTOR DIARAH TUTUP
1- Mohd Wazir berkata kilang tersebut didapati tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dikenakan kompaun kira-kira RM5,500.
2-Ia dipercayai beroperasi sudah melebihi 10 tahun.
3- Kilang tersebut turut diberikan tiga kompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai kira-kira RM5,500 berdasarkan kesalahan iaitu tiada pelabelan makanan, tidak berdaftar bawah KKM dan beroperasi tanpa kebenaran.
4- Ia turut diberikan notis bernilai RM500 oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana berniaga tanpa lesen.
5- Mohd Wazir mendedahkan kilang memproses fucuk tersebut sebelum ini pernah diarahkan menutup operasi atas kesalahan sama kira-kira tiga tahun lepas.
6- Antara kesalahan lain yang dilakukan adalah terdapat seorang pekerja kilang itu yang merupakan warga Myanmar tidak menerima suntikan tifoid selain tidak memakai kelengkapan yang sesuai semasa mengendalikan makanan.
7- Turut didapati terdapat binatang peliharaan seperti anjing berada di dalam premis berkenaan yang sememangnya tidak mematuhi prosedur ditetapkan.
8-Sebab utama penutupan tersebut adalah najis tikus, lalat dan lipas sebab berkait dengan keracunan makanan yang boleh menyebabkan pencemaran sama ada bakteria dan fizikal.
9- Mohd Wazir mendedahkan produk fucuk tersebut dipercayai akan dipasarkan ke negeri di selatan tanah air.
10- Arahan penutupan premis berkenaan selama dua minggu adalah di bawah Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa hari ini.
Minggu lalu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang turut membongkar dua buah kilang memproses tauhu dan belacan di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dan Sungai Puyu yang kotor dan menjijikkan. Malah logo halal yang digunakan pada produk juga diragui.
Kedua-dua buah kilang berkenaan diarah tutup selama dua minggu.
Baca juga: Mata Merah, Tinggi Daripada Manusia, Pengamal Perubatan Dedah Rakaman Interaksi Makhluk Halus
Baca juga: Harga makanan ‘cekik darah,' restoran Salt Bae jual Coke RM51 setin
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Bernama