TIDAK semua mampu berinteraksi dengan makhluk halus. Perkongsian pengamal perubatan ini mendedahkan rupa fizikal mahkluk berkenaan.

Video rakaman memaparkan pengamal perubatan yang dikenali sebagai Ustaz Rosdi didakwa berinteraksi dengan makhluk halus berkenaan yang dikatakan berada di ‘alam di sebalik mata’ menjadi tular di Facebook.

“Bukan semua manusia yang mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan makhluk di alam di sebalik mata,” tulis Rosdi.

Pada mulanya dia enggan berkongsi video berkenaan kerana boleh mendatangkan fitnah. Bagaimanapun pengamal perubatan itu tetap berkongsi untuk memperlihatkan bentuk makhluk yang dikatakan berada di alam di sebalik mata.

Dalam paparan video, lelaki berkenaan seolah-olah menenggelamkan dirinya ke dalam air.

Selepas beberapa saat kemudian timbul dari permukaan air ‘entiti’ yang bermata merah yang menggerunkan. Fizikalnya kelihatan tinggi dan besar daripada manusia.

Menerusi hantaran terdahulu, Rosdi berkongsi ia adalah proses memulangkan batu delima kepada pemiliknya.

Kata Rosdi, makhluk bermata merah tersebut adalah jin yang menjelma seperi seekor ular raksasa yang berdiameter empat pemeluk.

Susulan perkongsian video ideo berdurasi 3 minit 40 saat itu, rata-rata warga maya berasa seram melihat sendiri rupa sebenar makhluk halus.

– “Meremang bulu roma.”

Iklan

– “Inilah hantu air, nampak real imej dia.”

– “Meremang walaupun siang hari tengok”

– “Bukan semua orang boleh menzahirkan benda-benda begini. Minta ustaz tunjukkan lagi yang lain untuk pengajaran akan kekuasaan ALLAH dan kehebatan ilmu orang-orang dahulu. Abaikan yang tidak percaya.”

Menerusi tinjauan SinarPlus, video berkenaan mendapat 182,000 tontonan dan 13,000 tanda suka sejak disiarkan pada Isnin.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Meremang, frontliner terima panggilan misteri rumah kosong, rupanya pesakit…

Baca juga: [VIDEO] Pocong Goyang Badan, Geleng Kepala, Ganggu Abang Polis Di SJR

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Md Rosdi Hasan