BARU-BARU ini, penyanyi, Syafiq Farhain berkongsi masalah kesakitan yang sedang dialami di Instagram Story dengan memuat naik gambar serta rentetan keadaan kesihatannya.
Menurut bintang Big Stage musim pertama itu, ia bukan penyakit keturunan tetapi berpunca daripada serangan virus yang sudah ada di dalam badannya akibat antibodi lemah.
Bicaranya lanjut, beberapa hari lalu dirinya mengalami demam namun tetap bersukan walaupun badan kurang sihat.
Jadi, disebabkan antibodi badannya lemah, dia mula diserang penyakit berkenaan di kawasan bibir yang membengkak.
Tidak menafikan ia penyakit berjangkit, Syafiq menjelaskan jangkitan HSV-1 dialaminya tidak membabitkan penyakit kelamin.
Cerita Syafiq lagi, bulan lalu dia turut mengalami penyakit berkenaan di bibir, namun kudis itu tidak tumbuh banyak seperti dialami sekarang.
Baca juga Lepas berlakon drama dan filem, Azira Shafinaz idam ke pentas teater pula
Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku itu, akibat jangkitan itu, dia sukar untuk makan, bercakap dan menyanyi.
Selain itu, dia akui dirinya akan menanggung penyakit itu seumur hidup.
SinarPlus doakan semoga Syafiq cepat diberi kesembuhan seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan.