Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

Iklan
Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

BERITA baik buat orang ramai yang kini boleh menebus e-baucar tunai bernilai RM10 menerusi kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ sehingga 10 Disember ini.

Seperti yang diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) baru-baru ini yang memaklumkan MOTAC melalui Tourism Malaysia memperuntukkan e-baucar dengan nilai keseluruhan RM400,000.

Iklan
Iklan

Selain itu, dengan kerjasama MATFA, pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus, di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

Iklan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri sebagai berkata, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen itu.

Menurut beliau, MATFA turut optimistik untuk meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen itu.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Untuk penjimatan tambahan dan hadiah percuma, tebus e-baucar RM10 apabila anda membeli tiket dari taman tema, tarikan atau Pusat Hiburan Keluarga yang mengambil bahagian.

Korang juga boleh mula memuat turun e-baucar RM10 mulai 30 Oktober 2021.

Sebanyak 40,000 RM10 e-baucar tersedia untuk dimuat turun atas dasar siapa cepat dia dapat.

Mulakan perancangan korang sekarang dan pilih daripada 27 taman tema, tarikan dan Pusat Hiburan Keluarga!

Berikut senarai taman tema, tarikan dan Pusat Hiburan Keluarga;

Tarikan;

1. JUNGLE GYM

2. RIPLEY'S ADVENTURELAND GENTING HIGHLANDS

3. STARSHIP GALACTICA

4. AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

5. AQUARIA KLCC

6. ESPACE

7. KL BIRD PARK

8. VAR LIVE

9. DUNGUN ESCAPADE RESORT

Baca juga Bajet 2022: 7 info Bantuan Keluarga Malaysia, yang layak bakal terima RM2,000

Semoga bermanfaat!