BUAT pertama kali Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, belanjawan kali ini menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu rakyat yang sejahtera; perniagaan yang berdaya tahan; serta ekonomi yang makmur dan mampan.

Tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat. Bantuan yang bakal disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu kesejahteraan golongan yang disasarkan.

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia? Berikut tujuh info mengenainya.

1-Bantuan Keluarga Malaysia diwujudkan dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.

2-Seramai 9.6 juta keluarga akan menerima bantuan ini pada tahun hadapan.

3-Golongan isi rumah yang berpendapatan kurang atau RM2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 secara ‘one-off.’

4-Bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

5-Bantuan tambahan sebanyak RM300 turut diberikan kepada isi rumah warga emas.

6-Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Iklan

7-Peruntukan itu merupakan peningkatan berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini iaitu kadar tertingginya hanya RM1,800.


Diharapkan bantuan tunai boleh dimanfaatkan untuk meringankan beban yang dipikul setiap keluarga terutamanya pada fasa pemulihan pandemik sedang dilalui kini.

Baca juga: 5 Info Bantuan Awal Persekolahan 2022, RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa

Iklan

Baca juga: Hutang wajib dibayar! Diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik PTPTN

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Telegram MKN

Foto: Bloomberg