BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah foto memaparkan seorang wanita hamil yang didakwa duduk di lantai dalam sebuah tren.
Justeru itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan mengatakan isu tersebut yang melibatkan seorang wanita hamil didakwa duduk di lantai tren Diesel Multiple Unit (DMU) pada 15 Oktober lalu dan dilaporkan telahpun diselesaikan dengan cara baik ketika hari kejadian.
Difahamkan, terdapat petugas di gerabak berkenaan telah berusaha mendapatkan tempat duduk bagi penumpang itu wanita hamil berkenaan telah menolaknya.
Menurut KTMB, walaupun ada pertukaran set, penumpang yang membeli tiket tempat duduk akan dipastikan mendapat tempat duduk dan petugas sudah berusaha memberikan tempat duduk.
Kata kenyataan itu, kejadian tersebut kerana lonjakan penumpang yang merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman dan melibatkan laluan dari Dabong ke Pasir Mas di Kelantan.
Syarikat rel kebangsaan itu mengulas insiden tersebut yang dimuat naik sendiri penumpang berkenaan di laman sosial pada 29 Oktober lalu sebelum ditularkan warganet tanpa tahu kisah sebenarnya.
Baca juga Padah enggan patuhi SOP pakai mask, ‘Karen KLCC’ didenda RM3,000
Susulan hantaran tersebut, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib wanita mengandung itu mengecam teruk KTMB sedangkan kejadian itu sudah lama berlaku dan telah diselesaikan.
Ia mampu memuatkan kapasiti maksimum 360 penumpang termasuk 218 dengan tempat duduk yang melibatkan laluan antara Tumpat di Kelantan sehingga Kuala Lipis di Pahang.