BARU-baru ini tular di pelbagai platform media sosial gelagat seorang wanita asing yang menimbulkan kekecohan di sebuah butik mewah di KLCC gara-gara enggan memakai pelitup muka.

Susulan kelakuannya yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, wanita yang digelar ‘Karen’ dalam kalangan netizen dihalang memasuki butik ternama berkenaan.

Tidak sekadar itu, dia juga dikatakan melakukan perkara yang sama di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.

Keengganannya untuk memakai pelitup muka menyebabkan timbul pertengkaran dengan pihak kawalan keselamatan bangunan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, wanita berkenaan dikatakan sudah dikenakan kompaun.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dua kompaun yang dikeluarkan tersebut terdiri daripada kegagalan mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas manakala kesalahan kedua pula disebabkan tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan dalam memakai pelitup muka di dalam premis.

Wanita yang bukan warga Malaysia itu telah dikenakan kompaun berjumlah RM3,000 di mana setiap satu kompaun berjumlah RM1,500.

Iklan

Pemakaian pelitup muka boleh mengekang penularan Covid-19. Sama-samalah kita mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan demi kepentingan bersama. #reopeningsafely

Iklan

Baca juga: Enggan Memakai Pelitup Muka, Minah Saleh Tak Puas Hati Dihalang Masuki Butik Mewah Di KLCC

Baca juga: Terjatuh dari tingkat 10, pemergian kucing Ariff Bahran undang sebak

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter PDRM M’sia