Awas jangan tertipu tawaran dana haji melalui telefon

Iklan
Urusan perbankan Tabung Haji lebih mudah, hanya guna JomPAY

AWAS! Jangan mudah tertipu dengan iklan dan tawaran yang meragukan sebaiknya selidik terlebih dahulu untuk mendapat kepastian.

Kini, golongan tidak bertanggungjawab sentiasa mencuri peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain.

Iklan
Iklan

Justeru, orang ramai terutamanya pendeposit Tabung Haji (TH) dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.

Iklan

Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.

Baca juga Hasil ujian ke atas 500 pesakit Covid-19 tahap 2,3, Ivermectin tidak berkesan

Iklan

Dalam pada itu, TH turut menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.

Selain itu, pihak TH menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berkaitan penawaran dana bagi urusan haji.

Baca juga Awas! Jangan tertipu tawaran pakej umrah, belum dibenarkan lagi

Beringat lebih baik sebelum terkena.

Sementara itu, orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut.