SEJAK awal pagi ini, sana sini pengguna media sosial mendakwa status mereka di aplikasi MySejahtera bertukar tiba-tiba bertukar menjadi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS).
Hasil pemerhatian di laman sosial, aplikasi yang diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19 itu menjadi trending di Twitter.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Justeru, aplikasi MySejahtera tampil memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status HSO dan PUS kepada beberapa individu.
Menerusi laman Twitternya, MySejahtera menjelaskan masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula.
Pesan MySejahtera, boleh DM di Twitter mereka MYSJ ID untuk tindakan lanjut.
1) Log Off dan log in balik.
2) Log off > delete MySejahtera > download semula MyS > login.
3) Log off > pergi settings > clear cache MyS > login semula.
Baca juga Hasil ujian ke atas 500 pesakit Covid-19 tahap 2,3, Ivermectin tidak berkesan
Selain itu, ada yang mengatakan status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan 'helpdesk' dalam aplikasi itu.