Ziarah kubur luah perasaan, Shuib akui tak mudah hidup tanpa Siti Sarah

Iklan
Ziarah kubur luah perasaan, Shuib akui tak mudah hidup tanpa Siti Sarah

SEMUA yang hidup pasti mengalami saat memeritkan apabila berpisah dengan orang yang disayangi.

Tidak kira siapa yang meninggalkan siapa, perasaan pilu, sedih, kosong dan perit tetap ada pada kedua-duanya.

Iklan
Iklan

Bahkan, Shuib tidak mampu untuk berkongsi masalah dengan sembarangan orang memandangkan selama ini posisi pendengar setia diisinya hanyalah isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan media tempatan, sejak pemergian Allahyarhamah, dia membungkam pelbagai emosi selain mengaku sukar meneruskan kehidupan namun berusaha sehabis baik menjaga keempat-empat anak mereka yang masih kecil.

Iklan

Ujarnya lagi, jika mengalami masalah peribadi mahupun bisnes, mereka saling saling merujuk antara satu sama lain. Namun apabila Allahyarhamah tiada, dirinya kekok tiada tempat dirujuk lagi.

Tutur bekas ahli kumpulan Sepah itu, bukan dengan semua orang kita boleh kongsikan masalah.

Berikutan itu, Shuib kerap menziarahi kubur arwah isterinya dan sering meluahkan perasaannya di situ.

Katanya itulah aktiviti yang dilakukan hingga kini. Bila ada masalah, dia tidak kongsikannya dengan orang lain walaupun dengan ibu atau mentua.

Ujarnya, ia suatu yang penting apabila sering dirundung emosi, tubuh badan juga secara tak langsung akan terjejas.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Baca juga ‘Doakan ALLAH pinjamkan sedikit oksigen…’ – Shahrulezad sedih tidak dapat solat sempurna

Siti Sarah, 36, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PUKM) di ibu kota akibat jangkitan wabak Covid-19.

Allahyarhamah sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarhamah turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.