‘Doakan ALLAH pinjamkan sedikit oksigen…’ – Shahrulezad sedih tidak dapat solat sempurna

Untitled design (11)
Untitled design (11)
A
A
A

PENGARAH dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menunaikan solat seperti kebiasaannya.

Shahrulezad atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak Sabtu selepas paras oksigen dalam badannya berkurang setelah positif virus Covid-19.

“Hari ini keadaan saya sedikit teruk. Tadi ketika solat Zohor, saya cuba solat secara normal tetapi saya bergelut untuk habiskan solat saya.

“Seksa sangat bila kita tak cukup nafas dan buat saya rasa sayu sangat. Sayu apabila saya tidak boleh solat dengan sempurna.

“Mungkin ini cuma sementara tetapi meninggalkan kesan emosi pada saya. Saya tak kisah diduga dengan Covid tetapi saya sangat kisah bila solat saya jadi seperti ini,” luahnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah pengarah yang popular menerusi drama rantaian Nur dan Takdir Yang Tertulis itu, dia menganggap solat sebagai satu-satunya komunikasi dengan ALLAH SWT.

“Jadi bila saya terkial-kial macam ini, tentulah buat saya rasa sayu kerana saya tidak boleh solat sebaiknya.

“Solat adalah segalanya untuk saya. Saya rasa lagi kecewa bila tidak dapat solat.

“Kawan-kawan, mohon doakan supaya setiap kali saya nak solat, ALLAH pinjamkan sedikiti oksigen untuk saya. Saya cuma rasa nak solat seperti biasa,” katanya yang turut meminta mendoakan pesakit Covid yang lain.

Dalam pada itu, Shahrulezad dipindahkan dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ke HSB setelah paras oksigen menurun pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau memaklumkan keadaan dirinya semakin baik setelah mendapat rawatan di HSB.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca