IBU bapa mana yang tidak bimbangkan keselamatan anak. Apatah lagi jika permata hati hilang sekelip mata, risau jika mereka berdepan situasi bahaya.
Bagaimanapun seorang kanak-kanak di Johor Bahru sanggup mereka cerita dirinya diculik semata-mata bimbang dimarahi ibu.
Lapor Bernama, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali di Permas Jaya selepas pergi ke sebuah kedai runcit bersama pasangan kembarnya.
[caption id="attachment_64110" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
Ibunya yang membuat laporan polis mendakwa anaknya yang merupakan sepasang kembar telah memasuki sebuah kedai runcit.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata wanita tersebut mengambil keputusan mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan bagaimanapun gagal menemuinya.
"Laporan polis dibuat setelah hampir dua jam kehilangan anaknya, namun beberapa ketika anaknya memberitahu kembarnya telah dijumpai orang awam dalam keadaan baik dan selamat,” katanya.
Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut terhadap kanak-kanak tersebut mendapati dia sebenarnya telah bermain kejar-kejar dengan seorang budak lelaki lain sehingga kehilangan selipar.
Bimbang dimarahi oleh ibu bapanya, telah mendakwa dirinya dibawa lari.
Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) setelah mendapati kes ini tiada unsur jenayah.
Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka
Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Bernama