ANAK durjana! Begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan situasi apabila seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri.
Dia yang difahamkan seorang penagih dadah itu melarikan diri selepas disyaki melakukan perkara berkenaan.
Tragisnya, dia melarikan diri dengan menunggang motosikal dengan menerpa ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah lori tangki, kira-kira satu kilometer dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Portal tempatan melaporkan, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, ini kronologi kejadian sebenar;
1. Mayat mangsa, Sarah Jon, 70, dikelar pada leher dengan senjata dipercayai pisau tumpul oleh anak bongsunya daripada empat beradik itu.
2. Mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan dan telinga kiri dipercayai ketika mempertahan diri ketika diserang oleh anaknya itu.
Baca juga Takut kena marah sebab selipar hilang, kanak-kanak dakwa diculik lelaki bertopeng ninja
4. Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada kesan pecah masuk selain menemukan sejumlah dadah peralatan menghisap dadah.
5. Suspek yang juga pesakit mental turut mempunyai enam rekod jenayah termasuk empat berkaitan dadah.
6. Mayat warga emas itu dibawa ke Hospital SUltan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.