IBU bapa mana yang tidak bimbangkan keselamatan anak. Apatah lagi jika permata hati hilang sekelip mata, risau jika mereka berdepan situasi bahaya.

Bagaimanapun seorang kanak-kanak di Johor Bahru sanggup mereka cerita dirinya diculik semata-mata bimbang dimarahi ibu.

Lapor Bernama, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali di Permas Jaya selepas pergi ke sebuah kedai runcit bersama pasangan kembarnya.

Gambar hiasan

Ibunya yang membuat laporan polis mendakwa anaknya yang merupakan sepasang kembar telah memasuki sebuah kedai runcit.

Seorang daripada kembar menunggu di luar kedai. Bagaimanapun selepas selesai membeli barang, anaknya mendapati pasangan kembarnya tiada di luar kedai lalu pulang ke rumah dan mengadu kepada ibu tentang kehilangan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata wanita tersebut mengambil keputusan mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan bagaimanapun gagal menemuinya.

“Laporan polis dibuat setelah hampir dua jam kehilangan anaknya, namun beberapa ketika anaknya memberitahu kembarnya telah dijumpai orang awam dalam keadaan baik dan selamat,” katanya.

Jelas Raub, kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu dijumpai dua kilometer dari lokasi kejadian dan mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topeng ninja dan dibawa ke sebuah rumah, namun dia berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut terhadap kanak-kanak tersebut mendapati dia sebenarnya telah bermain kejar-kejar dengan seorang budak lelaki lain sehingga kehilangan selipar.

Bimbang dimarahi oleh ibu bapanya, telah mendakwa dirinya dibawa lari.

Iklan

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) setelah mendapati kes ini tiada unsur jenayah.

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Iklan

Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah

Baca juga: “Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap ‘kayangan,’ ini ulasan UAI

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Bernama