[VIDEO] Tular kereta tersadai di bengkel caj RM12K, wanita dedah mekanik mesej akan siap segera

Iklan
1

BARU-baru ini tular di laman sosial perkongsian seorang wanita yang kecewa dengan perkhidmatan sebuah bengkel selepas proses pengubahsuaian keretanya terbengkalai.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Ain Jeman, kereta model Proton Wira miliknya telah dihantar ke bengkel berkenaan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu kerana masalah bateri.

Iklan
Iklan

Oleh kerana ia mengambil masa yang agak lama, dia mengambil keputusan untuk mengubahsuai enjin kepada enjin Evo.

Iklan

Bayaran kos pengubahsuaian dibayar secara ansuran berjumlah RM12,000 telah dilunaskan namun Ain benar-benar hampa apabila mekanik berkenaan seolah-olah melarikan diri daripadanya.

Tambah Ain, pemilik bengkel tersebut sering memberikan seribu satu alasan supaya dia tidak dapat melihat keretanya sendiri.

Iklan

Namun pada suatu hari, Ain telah membuat lawatan mengejut ke bengkel tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati keretanya masih dalam keadaan serba ‘togel.’

Wargamaya rata-rata menzahirkan simpati. Susulan itu kisah berkenaan menjadi viral beberapa hari lalu sehingga mendapat liputan meluas.

Dalam perkembangan terbaru, Ain memaklumkan telah menerima mesej daripada mekanik berkenaan.

Menurut mekanik itu, semasa Ain ke bengkel, keretanya dalam keadan ‘togel’ disebabkan enjin masih belum dipasang.

Malah mekanik berkenaan turut menyatakan Proton Wira milik Ain boleh diambil semula pada Sabtu ini sekiranya semua komponen sudah siap dipasang dan dicat semula.

Rentetan itu, warganet rata-rata meminta wanita berkenaan membawa seseorang yang berpengalaman bagi memastikan kereta tersebut diserahkan dalam keadaan baik.

Bahkan, netizen turut meminta Ain meminta jaminan (warranty guarantee) dan membuat laporan polis. Ramai menyarankan Ain membawa kes berkenaan ke Tribunal pengguna untuk mendapatkan pengadilan sekiranya bengkel memungkiri janji.

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah

Baca juga: "Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap 'kayangan,' ini ulasan UAI

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Ain Jeman