Siakap masak kengsom padu, cukup masam, manis dan pedas

Iklan
04

BILA sebut sahaja ikan siakap yang juga dikenali ikan Kakap Putih pasti ramai yang terbayangkan isinya yang lembut dan sedap.

Iklan
Iklan

Selain itu, ia juga enak dimasak kengsom. Mudah dibuat, rasa dan baunya juga sangat menyelerakan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Menu ini juga sihat dan sesuai untuk orang yang sedang diet kerana tidak menggunakan setitik minyak, orang bujang pun dijamin boleh membuatnya.

Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 biji nenas
  • Kangkung
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar:

  • 2 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar - sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

Cara cara membuatnya:

1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.

3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.

Baca juga Jika ke Melaka jangan lupa singgah 20 tempat best ini. Padu betul sajiannya

4. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.

5. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Azie Kitchen