BERITA baik kepada mereka yang merancang untuk menunaikan umrah termasuk yang terhalang disebabkan menjadi penerima vaksin Sinovac selepas tidak diperakui Arab Saudi.
Kini dos penggalak boleh dipohon menerusi aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter memaklumkan kerajaan telah menambah satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah dan mereka perlu mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) menerusi laman Twitter menunjukkan cara untuk memohon dos penggalak bagi tujuan umrah.
Melalui hantaran tersebut, JKJAVMY berkongsi paparan video bagi memudahkan proses pemohonan dos galakan untuk tujuan berkeaan.
Pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:
1-Tekan Helpdesk
2-Mula
3-Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
4-Pilih G dan mengisi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.
Baca juga: Penerima vaksin Sinovac jangan takut terima dos penggalak Pfizer, keberkesanan hingga 74%
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Twitter @JKAJVMY, @KhairyKj, @KKMMalaysia
Foto: Haramain Sharifain