Flex bantu Eliza dan keluarga harungi detik sukar apabila suami tiba-tiba hilang pekerjaan

Iklan
01

COVID-19 benar-benar memberi tamparan hebat buat keluarga Eliza Atan. Suaminya, Mohd Isa Shaari, 55, yang bekerja di Singapura dalam industri pembinaan, hilang pekerjaan sebaik pintu sempadan kedua-dua buah negara ditutup pada Mac tahun lalu.

Bukan hanya Mohd Isa, malah sejumlah rakyat tempatan yang mencari rezeki di republik itu turut terkesan. Sebilangan besar daripada mereka juga terkandas di sana sebelum dapat pulang ke tanah air setelah sekian lama.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Kepada SinarPlus, ibu kepada empat anak itu akui sangat merindui momen manis ketika Mohd Isa berkerja di Singapura.

Iklan

[caption id="attachment_65242" width="768"] TABAH meskipun diduga dengan dugaan yang berat dalam hidupnya apabila suami tercinta hilang punca pendapatan pada gelombang pertama wabak Covid-19 sekali gus membuatkan semua bebanan terpaksa digalas pada bahunya.[/caption]

Rezeki

Setiap musibah yang berlaku, pasti ada rahmat di sebaliknya. Eliza mengakui kerjayanya sebagai penyelia di Flex menjadikannya optimis dan bersemangat untuk mara ke hadapan demi keluarga tercinta.

Sepanjang berada di syarikat berkenaan, dia banyak belajar menguruskan kewangan keluarga dengan bijak.  Ini termasuk urusan perbelanjaan dapur, mengatur bayaran pinjaman rumah dan kereta dengan baik.  Wang simpanan yang menjadi tabungan selama ini pula hanya akan digunakan ketika terdesak.

Menyentuh tentang pembahagian masa di antara kerjaya dan keluarga, Eliza bersyukur kerana dikurniakan kumpulan staf yang produktif dan suami yang banyak membantu menguruskan hal rumah tangga.

Baca juga [VIDEO]Demi kehidupan, pak cik 68 tahun jadi rider penghantar makanan runtun hati ramai

"Mujurlah pendapatan tetap dan stabil di Flex mampu membuatkan saya kembali tersenyum. Hari demi hari, saya juga membiasakan diri menghadapi norma baharu kini."