BARU-BARU ini tular di TikTok sebuah video yang dikongsi seorang lelaki yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi 16 saat itu, kelihatan lelaki tersebut yang bekerja sebagai rider penghantar makanan telah terserempak dengan seorang pak cik yang turut membuat kerja yang sama.

Namun apa yang meruntum hati ramai apabila pak cik itu kelihatan sudah sedikit bongkok dan lanjut usia.

Tulisnya pada kapsyen video berkenaan, pak cik tersebut berumur 68 tahun dan baru sahaja dua bulan bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Atuk ini aku jumpa masa buat grab. Sedih bila dia cakap terpaksa buat grab untuk sara hidup, sebelum ini kerja bawa lori.

Baca juga Tinggal anak dalam kenderaan denda RM50,000 atau penjara tak lebih 20 tahun bakal menanti

“Semoga atuk sentiasa dilindungi ALLAH dan dimurahkan rezeki. Hati ini tengok atuk teringat kat arwah atuk saya,” coretnya.

Susulan video tersebut tular di pelbagai laman sosial, seorang individu tampil menjelaskan pada ruangan komen, kehidupan pilu pak cik tersebut yang dikatakan mempunyai seorang anak yang pemalas.

Ujar individu berkenaan, pak cik itu berhenti kerja sebagai pemandu seorang datuk namun berhadapan masalah bayaran gaji.

Jika masih punya ibu bapa, hadam pesanan mesra ini

Video tersebut kini meraih hampir 1.5 juta tontonan dan mendapat lebih 8000 komen.

Iklan

Rata-rata warga maya merasa sedih dan sebak melihat situasi fizikal pak cik terbabit.

Ujar mereka;

“Saya menangis tengok atuk ni. Apa lagi alasan orang muda untuk bermalas-malasan dan hanya mengharapkan bantuan orang lain.”

“Aku sebagai yang pernah ada orang tua, takkan sanggup tengok ayahku sendiri berpenat di usia tua.”

“Ya ALLAH, umur macam tu sepatutnya dia berehat. Jalan pun macam tak larat tu.”

“Saya nak keluar air mata jantan dah ni. Kalau ada open donate roger ya!”

“Lagi nak bersungut kita orang muda. Tengok pak cik ni gigih dia sanggup belajar benda baru dan everything sebab nak sara hidup.”

Hasil pemerhatian penulis, pemilik akaun tersebut yang bernama Ashraf Danny turut mendapatkan nombor akaun bank pak cik berkenaan dan ramai yang mula menyumbang.

Baca juga Badan keras, membulat masa ditemui, lelaki kongsi detik cemas isteri lakukan CPR selamatkan anak lemas

Iklan

Tahniah anak muda! Jadilah sebagai penyuntik semangat untuk kita terus kuat bekerja.

@danielashraf1370kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 ##fyp ##fypシ ##fypdongggggggg ##sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun91