Kailan sayur kaya khasiat, tular RM18 sebungkus terlalu mahal, tidak setara kuantiti

Iklan
Untitled design (60)

KAILAN adalah sayuran hijau yang berdaun tebal. Ia mempunyai batang yang turut tebal dan mempunyai bunga bunga kecil serupa brokoli.

Brokoli dan kailan tergolong dalam spesies yang sama Brassica oleraceatetapi. Namun kailan adalah dalam kumpulan alboglabra iaitu daripada bahasa Latin"albus+glabrus" yang bermaksud putih dan tidak berbulu].

Iklan
Iklan

Rasanya hampir sama dengan brokoli, tetapi sedikit pahit.

Baca juga: Siakap ‘Kayangan’ RM1,196, Peniaga Mungkin Didenda RM50,000, Berikut 10 Fakta Mengenainya

Iklan

[caption id="attachment_65940" width="800"] Kredit foto: Maimunah Sairi (FB Masak Apa Hari Ni)[/caption]

Baca juga: Baca juga: 1 Sajian Siakap Bersamaan 5 Sudu Makan Isi Ikan, Ini Disyorkan NutritionistKKM

Iklan

Sayur ini dimasak secara meluas dalam masakan China dan biasa disajikan dalam juadah umum masakan Malaysia.

Antara menu kailan yang popular termasuk kailan goreng ikan masin.

Ada juga menu kailan yang dimasak dengan cara direbus atau dikukus yang kemudian dihidangkan dengan sos tiram.

Menurut laporan laman web myagri, di Malaysia, kailan banyak ditanam di daerah Ledang, Johor.

Walaupun pada asalnya sayuran ini berasal dari kawasan Mediterranean, namun pelbagai penyelidikan dan penanaman berskala kecil membuktikan bahawa kailan hidup subur di kawasan beriklim tropika. Tanaman ini memerlukan cahaya matahari untuk hidup subur.

KHASIAT KAILAN

Menurut Hello Doktor, kailan sangat tinggi vitamin K, vitamin A, vitamin C, folat, mangan, dan kalsium. Ia juga merupakan sumber sayur-sayuran serat dan protein yang baik.

Antara kebaikan kailan adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan risiko kanser.

2. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

3. Sangat baik untuk wanita hamil kerana tinggi kandungan kalsium dan zink.

4. Baik untuk kesihatan kulit dan rambut kerana kandungan vitamin A yang tinggi.

5. Kandungan zat besi di dalamnya membantu penghasilan sel darah merah dan mengelakkan anemia serta keguguran rambut.

Baru-baru ini, kes sebungkus kalian ikan masin berharga RM18 viral di pelbagai platform media sosial.

Baca juga: Baca juga: "Tak Setuju Saiz, Jangan Makan, Peniaga Pula Jangan Perangkap”- Isu Siakap 'Kayangan,' Ini Ulasan UAI

Pelanggan sebuah restoran di Pulau Pinang memuat naik gambar sebungkus sayur kailan ikan masin berserta resit pembayaran yang memaparkan harga sayuran tersebut RM18.

Selain harga kailan ikan masin, resit berkenaan turut memaparkan harga ikan jenahak RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122.

Susulan itu, perkongsian individu berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial hari ini yang rata-rata mendakwa harganya terlalu mahal.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Pulau Pinang memakluman pegawainya telah pun hadir ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan yang telah diterima pada hari yang sama berkaitan"Harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan.”

Notis Pengesahan Maklumat Barangan bagi makanan kalian ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga dan peniaga perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja.

Terdahulu, isu berkaitan 'siakap kayangan' dan sotong Apollo tular kerana dijual pada harga yang tinggi.

Justeru, jadilah pengguna bijak, jangan hanya tularkan di media sosial. Laporkan harga barangan yang tidak munasabah atau tidak jelas kepada portal aduan KPDNHEP di https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

Baca juga: Isu Sotong 2 Ekor RM100 Tular Undang Kecaman, Restoran, Pelanggan Beri Penjelasan. Berikut Kronologi Kejadian

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Hello Doktor, KPDNHEP Pulau Pinang