MAKANAN dengan sumber protein merupakan antara nutrisi paling penting bagi tubuh badan manusia.

Ia sangat membantu dalam diet bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan mengurangkan lemak serta mengekalkan rasa kenyang.

Namun, setiap kandungan protein berbeza-beza mengikut saiz makanan dan jenisnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut perkongsian Facebook Nutritionistkkm, dalam satu sajian 70 gram ikan siakap, terdapat 57 Kcal tenaga, 0.7g karbohidrat, 13.7g protein dan 0.1g lemak.

7 kg ikan siakap untuk 7 orang makan, berapa banyak satu sajian protein?

8 tip elak makan makanan berprotein secara berlebihan

Mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak;

  • Ayam / telur / daging – 1-2 sajian
  • Ikan – 1 sajian
  • Legum atau kekacang – 1 sajian
  • Susu dan Produk Tenusu – 2 sajian

Baca juga Siakap masak kengsom padu, cukup masam, manis dan pedas

Manakala saiz sajian ikan siakap yang boleh diambil hanya sejumlah lima sudu makan isi ikan.

Iklan

Menurut perkongsian tersebut, pengambilan ikan yang disarankan adalah satu hidangan setiap hari.

Sementara itu, saiz sajian sumber protein lain pula adalah;

Iklan
  • Telur – 2 biji
  • Ikan kembung – 1 ekor
  • Tempe – 2 keping
  • Peha ayam – 1 ketul

Sumber: Nutritionistkkm