PERINGATAN penting buat penyokong dan penonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini agar lebih berhati-hati dan waspada.
Ini kerana hampir 1,500 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan semasa perlawanan tersebut.
Selain itu, ini perkara yang perlu diambil tahu dan tindakan yang boleh dikenakan;
1. Polis menetapkan pasukan tangkapan, sekiranya ada dalam kalangan penonton ini yang melakukan sesuatu di luar batasan, norma manusia, bertindak ganas atau mencetuskan sebarang provokasi, (akan serta merta ditahan).
2. Penonton diminta untuk menikmati perlawanan itu dan tidak membuat sebarang kekacauan yang boleh mendatangkan huru-hara, sama ada pasukan yang disokong itu menang atau sebaliknya.
Baca juga Varian baru Covid-19, Omicron boleh cetus Pandemik 2.0, 10 fakta penting mengenainya
3. Penonton tidak dibenarkan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, pemancar laser, mancis, minuman keras, sebarang objek tajam dan dron yang tidak mendapat kebenaran.
4. Penonton dinasihatkan agar sentiasa menjaga penjarakan fizikal di dalam stadium, memakai pelitup muka, menjaga tatasusila dan tidak melakukan sebarang provokasi melampau sehingga menimbulkan kekacauan sewaktu atau selepas perlawanan tersebut.
Perlawanan akhir Piala Malaysia itu juga menyambut ulang tahunnya ke-100 akan berlangsung 9 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara JDT dan KL City FC.
Jadi, jaga tingkah laku setiap masa kerana korang semua diawasi polis!