SEJAK Covid-19 mula menjangkiti manusia dan meragut berjuta-juta nyawa, varian demi varian telah ditemui.

Terbaru, varian dinamakan Omicron diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang membimbangkan (variant of concern – VOC) pada Jumaat.

Baca juga: Dipantau WHO, dijumpai di Colombia, 10 fakta mengenai varian Covid-19 terbaru ‘Mu’

Baca juga: Varian Delta Boleh Membiak Dalam Hidung, 5 Fakta Mengenainya Perlu Tahu

Menurut Daily Mail, pakar epidemiologi, Dr. Eric Feigl-Ding dari Kesatuan Saintis Amerika Syarikat memaklumkan Omicron ‘agak serius’ dan berisiko mencetuskan Pandemik 2.0 di sana.

Bagi mengetahui lebih lanjut, berikut 10 info mengenai varian Omicron:

1. Omicron merujuk kepada strain baru B.1.1.529 yang pertama ditemui di Gauteng, Afrika Selatan.

2. Varian tersebut mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda banyak daripada varian Delta (B.1.617) yang mencetuskan gelombang teruk di India.

3. Setakat 26 November, varian berkenaan tidak ditemui di Malaysia.

4. Tiga buah negara melaporkan kes varian Omicron iaitu iaitu Afrika Selatan (77 kes), Bostwana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes).

5. Kementerian Kesihatan Malaysia sudah bersedia menghadapi kemungkinan Gelombang Keempat jangkitan Covid-19.

6. Sistem amaran berisiko akan diwujudkan KKM sekiranya gelombang peningkatan kes Covid-19 berada di tahap kritikal.

7. Menurut laporan Daily Mail, Dr. Eric Feigl-Ding berkata varian Omicron menjangkiti mereka yang divaksinasi

8. Malah ia juga didapati menjangkiti bekas pesakit Covid-19 atau ‘Covid Survivor.’

9. Suntikan penggalak adalah disarankan kerana ia dapat meningkatkan perlindungan kepada Covid-19 sebanyak tiga kali ganda.

Iklan

10. Pakar berkenaan mengingatkan pemakaian pelitup muka yang berkualiti amat mustahak untuk mengelakkan jangkitan varian ini.

Bimbang penularan varian Omicron, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Kesatuan Eropah menyekat perjalanan dari Afrika Selatan pada Jumaat bagi menghalang penularan.

Manakala Malaysia mula menyekat sementara kemasukan warga negara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari je Bostwana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe berkuat kuasa 27 November 2021.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam masa yang sama pengembara warga Malaysia tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke negara-negara berkenaan.

Turut dilaporkan, pasaran saham menjunam teruk pada Jumaat susulan penemuan varian Omicron menyebabkan.

Iklan

Di Malaysia, sebanyak 30,240 kes kematian Covid-19 dicatatkan sehingga 26 November.

Diharapkan kita semua berhati-hati, mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dan sentiasa mendapatkan informasi yang tepat mengenai Covid-19.

Baca juga: Hanya 15 Saat! Varian Delta ‘Menyerang’ Melalui Udara. Berikut 7 Fakta Perlu Ambil Tahu…

Ikuti kami di Instagram

Sumber: Daily Mail, Bernama