PERNAH tular di laman sosial pada Mei lalu, seorang wanita koma dipukul suami bertopengkan syaitan sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala.
Kini mangsa keganasan rumah tangga itu, Jahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan kakaknya itu menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.
Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.
Dalam pada itu, perkongsian Fauziah dihujani titipan ribuan doa buat wanita terbabit bersama bayinya.
Rata-rata mendoakan agar diberi keajaiban oleh ALLAH untuk Jahidah kembali sembuh dan dapat menjalani hidup sempurna bersama bayinya.
Baca juga Isu guru buat jenaka rogol, Ain Husniza, bapa terima writ. 11 perkara mengenainya
1. Dalam kejadian pada 4 Mei, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
2. Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
3. Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma.