PASTI ramai yang mengikuti kes pelajar yang mendakwa guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani bergurau mengenai elemen rogol ketika sesi persekolahan.

Pelajar bernama Ain Husniza Saiful Nizam pernah tular kerana mendedahkan gurauan rogol oleh guru lelaki di sekolahnya menerusi aplikasi media sosial TikTok.

Guru terbabit, Khairul Nizam Sanuddin, 43, memfailkan saman tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 26 November lalu dengan menama Ain Husniza atau nama penuhnya, Nurain Husniza, 17, dan bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab, 42, sebagai defendan.

Baca juga Pernah dakwa guru gurau mengenai rogol, pelajar kini di sekolah swasta

Saiful Nizam dalam hantaran di akaun Twitter miliknya turut mengesahkan telah menerima writ saman tersebut.

“Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan dari Khairul Nizam Sanuddin (guru PJPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di Mahkamah Shah Alam pada 26 November 2021,” tulisnya.

Ciapan Saiful Nizam itu turut disertai tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace (Jadikan sekolah tempat yang lebih selamat) serta foto halaman depan writ saman yang dimaksudkannya.

Isu guru buat jenaka rogol, Ain Husniza, bapa terima writ
Foto Twitter Saiful Nizam.

Baca juga Isu guru buat jenaka rogol, Ain Husniza terima surat tuntutan RM1 juta

Sejajar itu, perkongsian Saiful Nizam menjadi perhatian ramai sehingga Khairul Nizam menjadi trending di laman Twitter.

Iklan

Menurut portal tempatan, berdasarkan salinan tuntutan tersebut, Khairul Nizam mengemukakan saman ke atas pasangan anak-beranak berkenaan ke atas;

1. Ain Husniza menerbitkan video di dalam akaun TikTok pernyataan berbaur fitnah.

2. Kenyataan serupa mengenai ‘guru PJK yang juga guru disiplin’ di akaun Twitter Ain Husniza.

3. Ain Husniza selepas itu terus menyiarkan beberapa lagi siri video di TikTok dan kenyataan di Twitter sehingga menyebabkan kenyataan berbaur fitnah itu telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan.

4. Ain Husniza mengulangi penyataan-penyataan fitnah dalam beberapa siri wawancara termasuk di Utusan Online dan Wanita Hari Ini (WHI).

5. Saiful Nizam didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah di dalam kumpulan Whatsapp Community Puncak Alam dan juga akaun Facebook miliknya.

6. Saiful Nizam didakwa telah menyiarkan rakaman wawancara dirinya dengan Malaysia Gazette TV yang turut mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah.

Kredit foto: Malay Mail

7. Walaupun kedua-dua defendan tidak menyebut namanya di dalam video-video terbabit namun seluruh warga sekolah SMKPA, komuniti Puncak Alam dan warga maya bahawa individu yang dimaksudkan adalah dirinya kerana Khairul Nizam merupakan satu-satunya guru disiplin yang mengajar PJK di sekolah terbabit. Akibat perbuatan dua beranak tersebut, Khairul Nizam mendakwa reputasinya telah terjejas sehingga menyebabkan masyarakat memandang serong terhadapnya. Dia memohon satu perintah mahkamah agar kedua-dua Ain Husniza dan bapa memadamkan kesemua kenyataan berbaur fitnah terhadap Khairul Nizam di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga.

Baca juga Guru lawak rogol undang amarah ramai! Mohon ambil tindakan segera

8. Khairul Nizam turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Ain Husniza dan bapanya daripada terus mengeluarkan apa jua kenyataan berkenaan dirinya yang berbaur fitnah serta kedua-dua defendan atau ejen mereka dihalang daripada mengulangi kesemua pernyataan tidak benar itu di mana sahaja dalam apa jua bentuk.

9. Khairul Nizam menuntut permohonan maaf daripada remaja terbabit dan bapanya yang akan diterbitkan di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenal pasti serta di akhbar pilihannya.

10. Khairul Nizam memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi akibat kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah.

11. Khairul Nizam turut memohon kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

Pada Ogos lalu Ain Husniza dan bapanya dilaporkan menerima sepucuk surat tuntutan daripada seorang guru lelaki yang mendakwa difitnah anak-beranak terbabit.

Antara lain mereka dituntut membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi bernilai RM1 juta atau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Iklan

Difahamkan 2 Disember ini ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan segera dan dengan cara yang baik.