MEMAKAI baju biasa sepanjang hari, bekerja di bilik tidur dan tidak perlu ke sana ke mari sangat menyeronokkan pada mulanya.
Namun selepas sekian lama hari berubah ke minggu, mingu berubah ke bulan dan bekerja dari rumah bertukar daripada nikmat kepada azab.
Kebanyakan daripada kita yang bekerja dari rumah semasa wabak Covid-19 mempunyai sempadan yang kabur antara rumah dan tempat kerja.
Faktor itu menjadikan kita lebih sukar untuk menyedari keadaan diri yang menuju ke tahap keletihan.
Menurut Pakar Psikiatri, UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Nor Jannah Nasution Raduan, dianggarkan 69% pekerja yang bekerja dari rumah mengalami sindrom burnout atau letih yang melampau.
Tidak menghairankan jika korang berasa keletihan yang melampau memandangkan berapa ramai daripada kita yang sibuk dengan jadual kerja yang padat, panggilan video, persekolahan anak-anak di rumah dan kerja rumah setiap hari.
Burnout secara teknikal bukanlah diagnosis itu sendiri, sebaliknya ia merujuk kepada himpunan simptom.
Jika korang mengalami keletihan atau sangat letih, koranbg akan mempunyai sedikit motivasi untuk bekerja, berasa marah atau cemas dan kemudian mengalami penurunan dalam prestasi kerja.
Segelintir daripadanya turut mengalami gejala fizikal seperti sakit kepala atau sakit perut atau masalah tidur.
Burnout lebih serius daripada tekanan kerja. Korang tidak boleh mengubatinya dengan mengambil cuti panjang, melambatkan atau mengurangkan tempoh bekerja.
Sebaik sahaja ia terjadi, korang seolah-olah kehabisan petrol, kesannya lebih daripada keletihan semata-mata.
PENCEGAHAN
Penyelesaiannya ialah pencegahan iaitu penjagaan diri dan keseimbangan kehidupan kerja yang baik untuk menghentikan keletihan sebelum melampaui hadnya.
Apabila ramai yang bekerja bekerja dari rumah, penyelidikan baharu menunjukkan bahawa risiko keletihan semakin meningkat.
Baca juga: Cabaran bekerja dari rumah banyak gangguan dan memberi tekanan. Ketahui tips untuk kekal produktif
APAKAH GEJALA BURNOUT?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengiktiraf burnout sebagai"fenomena pekerjaan" pada 2019, menunjukkan tanda dan gejala berikut:
- Kurang tenaga atau keletihan.
- Penurunan motivasi dari pekerjaan seseorang, atau menimbulkan perasaan negatif atau sinis yang berkaitan dengan pekerjaan.
-Mengurangkan keberkesanan profesional.
TIP ATASI KELETIHAN / BURNOUT
Mengesan tanda amaran keletihan dan meluangkan masa untuk berehat dan bersantai boleh membantu korang mengelakkannya.
Berikan ruang untuk anda menghadirkan sepenuhnya perasaan. Tidak mengapa jika korang mengalami burnout, yang penting kamu menyedarinya.
Beri ruang untuk tidak menghukum diri atau berpandangan kritis pada diri sendiri. Korang juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari tekanan dan kepenatan.
Seterusnya tanyalah pada diri, apakah makna disebalik pengorbanan yang korang lakukan selama ini.
Apabila rutin hidup dijalankan berdasarkan keutamaan tersebut, lantas ia akan seterusnya membawa makna dalam kehidupan. Pastinya setiap pengorbanan atau kesusahan itu ada maknanya yang tersendiri. Ini adalah waktu yang terbaik untuk anda berhubung dengan Tuhan dalam mencari kekuatan spiritual.
Pastikan korang mengambil cuti tahunan. Ramai daripada kita tidak mengambil cuti bekerja kerana pelbagai halangan tetapi cuti adalah penting walaupun anda hanya di rumah. Ia memberi anda peluang untuk berehat dan mengecas semula.
Dapatkan tidur yang mencukupi. Matikan paparan skrin peranti dan lakukan sesuatu untuk berehat sebelum tidur pada waktu malam. Jika kesihatan mental menyebabkan masalah tidur, korang perlu mendapatkan tips tidur yang sihat.
Sekali-sekala ok, tetapi cuba pastikan korang menyelesaikan kerja tepat pada masanya hampir setiap hari supaya mendapat waktu rehat yang mencukupi.
Jadualkan masa untuk aktiviti yang menyenangkan. Luangkan masa untuk berehat, beriadah, hobi dan menelefon dengan rakan dan keluarga.
Kadang kala mempunyai hobi yang tidak berkaitan dengan kerja benar-benar membantu.
Minta bantuan jika korang memerlukannya. Jika bergelut dengan keletihan mungkin korang perlu mengambil cuti kerja beberapa hari sehingga pulih. Berbincanglah dengan majikan atau pengurus tentang sebarang isu yang hadapi di tempat kerja.