SEJAK berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan syarikat meminta pekerjanya untuk bekerja dari rumah.

Seperti mana yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara, 80% penjawat awam dikehendaki bekerja dari rumah dan ia turut dilaksanakan membabitkan 40% pekerja sektor swasta.

Walaupun bekerja dari rumah mungkin menjadi impian bagi sesetengah daripada kita kerana mendapat keselesan di rumah sendiri berbanding persekitaran pejabat, ianya boleh menjadi sesuatu yang mencabar.

 

Cabaran bekerja dari rumah banyak gangguan dan memberi tekanan. Ketahui tips untuk kekal produktif

Mengetahui cara bekerja dari rumah adalah penting jika korang ingin menjadi lebih cekap dan produktif dalam pekerjaan korang. SinarPlus sediakan beberapa tip mudah bekerja dari rumah yang lebih efekif.

1. Jaga waktu berkerja
Salah satu perkara terpenting dan asas yang boleh korang lakukan adalah membuat jadual tetap untuk diri sendiri. Seeloknya, beri diri korang waktu yang fleksibel sama ada untuk memulakan kerja, berehat sebentar. Namun pastikan tugasan yang sepatutnya dilakukan beres sebelum waktu pejabat berakhir.

2. Bezakan waktu bekerja dan waktu peribadi
Salah satu tip yang paling penting untuk kerja dari rumah adalah memastikan tugasan kerja dan kehidupan peribadi korang berbeza kerana ia membantu untuk kekal produktif semasa waktu bekerja dan mengurangkan stres ketika korang tidak melakukannya. Oleh itu, korang disarankan untuk menetapkan waktu kerja seperti buat jadual, berkomunikasi dengan baik dan merancang waktu tamat masa kerja.

 

Baca juga: 6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

3. Sediakan ruang kerja di rumah
Untuk bekerja dari rumah, korang perlu adakan ‘mood’ seperti di pejabat. Cuba sediakan satu ruang di dalam rumah korang dengan meja dan kerusi yang lebih fleksible untuk memberitahu otak bahawa itu adalah masa untuk bekerja bukannya bersantai.

Iklan

Apabila korang melakukan perkara ini, otak akan mengaitkan tempat tidur adalah untuk tidur, sofa untuk bersantai, dan meja kerja adalah tempat berkerja. Ia dapat membantu mengubah tahap tenaga korang secara semulajadi.

4. Kurangkan gangguan
Bersikap lebih tegas semasa bekerja dari rumah adalah penting. Ini juga bermaksud menetapkan batas untuk anak-anak, haiwan peliharaan, ahli keluarga atau rakan sebilik. Cuba jelaskan kepada mereka bahawa semasa sedang bekerja korang perlu mengelakkan gangguan supaya korang lebih fokus.

5. Cari inspirasi
Kelebihan utama bekerja dari rumah ialah korang takkan mengganggu fokus rakan sekerja yang lain. Jadi, korang boleh memasang lagu kegemaran korang sesuka hati dan bergembira sambil melakukan kerja. Atau cuba audio yang lebih menenangkan dengan suara alam, muzik instrumental,atau dengan membiarkan tingkap terbuka untuk membiarkan udara segar masuk ke ruang kerja.

 

Iklan

Baca juga: Pekerja yang perlu ke tempat kerja tempoh PKP3.0, ini tindakan yang perlu dilakukan

 

Kadang kala di rumah terdapat banyak gangguan, kurang komunikasi dengan rakan seperti ketika bekerja di pejabat. Namun, itu tidak bermakna korang tidak produktif.

Sama ada korang bekerja dari rumah setiap hari, beberapa kali seminggu, cubalah tip ini supaya dapat membantu korang memanfaatkan sepenuhnya masa yang diberikan syarikat untuk bekerja dari rumah ini.