Perkongsian guru mengajar di pulau, tiap hari naik bot, van demi didik anak bangsa, raih perhatian warganet

Iklan
Gambar hiasan (2)

DEMI menjalankan tugas mendidik anak bangsa, guru sanggup melakukan apa sahaja termasuk menaiki bot setiap hari untuk pergi dan pulang dari sekolah.

Baca juga: Guru kongsi detik cemas staf tiba-tiba bersalin di sekolah."Cikgu lelaki, guru besar pun kalut macam isteri nak beranak.”

Iklan
Iklan

Seorang guru, Rahimi Aziz melalui laman sosial Tiktok berkongsi rutin hariannya untuk ke sekolah di Semporna, Sabah.

"Rutin harian seorang guru pulau demi mendidik anak bangsa,” titipnya berkongsikan video dia bersama guru-guru lain menaiki bot yang sama.

Iklan

Menurut Rahimi, situasi akan lebih mencabar apabila hujan turun sewaktu dalam perjalanan.

Iklan

"Bawa barang itu yang susah sebab naik bot dan van.

"Kasihan cikgu berhujan ke sekolah,” kongsinya.

Baca juga: 3 Fakta Mengenai Isu Guru Berleter, Ini Kenyataan KPM

Selepas melalui perjalanan di air menggunakan bot, mereka kemudiannya akan menaiki van pula untuk sampai ke sekolah.

Walaupun melalui pelbagai kepayahan, semangatnya dan rakan-rakan seperjuangan untuk menunaikan tugas yang diamanahkan tetap berkobar-kobar.

Susulan perkongsian video berkenaan, rata-rata warganet terharu dan sebak dengan pengorbanan para guru demi menjalankan tugas sebagai pendidik.

"Sebaknya, moga urusan cikgu-cikgu dipermudahkan."

"Terima kasih cikgu."

Ada juga warga maya yang menyuarakan kebimbangan dan meminta para pendidik memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot.

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Cikgu Rahimi Aziz