Bapa dedah makanan terakhir kanak-kanak maut jatuh hotel, sejam sebelum pergi buat selama-lamanya

Iklan
Gambar hiasan (8)

TRAGEDI menimpa kanak-kanak perempuan, Allahyarham Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, yang maut terjatuh dari aras sembilan sebuah hotel di Pulau Pinang menjadi tular Oktober lalu.

Kehilangan anak bongsu daripada empat adik beradik itu benar-benar memberikan kesan kepada keluarga.

Iklan
Iklan

Bapa Allahyarham, Faizal Hussain berkongsi video sajian terakhir yang diambil Nur Airis Hafeeya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Iklan

Melalui aplikasi TikTok, Faizal berkongsi video Nur Airis Hafeeya sedang menikmati roti.

Ketika itu, dia memakai pakaian mandi dan sedang berada di kawasan kolam renang hotel.

Iklan

"Sejam sebelum arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Makanan terakhir Nur Airis Hafeeya.

"Dengan pakaian arwah pergi. Alfatihah,” titip Faizal.

Warga maya tampil memberikan semangat dan dan menitipkan doa buat si kecil.

Namun, ketika melihat orang awam keluar dari lif, Nur Airis Hafeeya meluru masuk.

Ahli keluarganya tidak sempat untuk menaiki lif bersamanya kerana pintu lif tertutup dengan cepat.

Semua ahli keluarganya panik dan mula mencarinya.

Kira-kira 10 minit mencari, sekujur tubuh anak kecil itu yang tidak bernyawa ditemui di tingkat dua hotel berkenaan.

Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesahkan anak kecil itu meninggal dunia susulan kecederaan parah yang dialami selepas terjatuh daripada tempat tinggi.

Kematian Nur Airis Hafeeya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Moga keluarga Allahyarham adik Nur Airis Hafeeya diberi kekuatan menerima kehilangan si kecil itu dalam sekelip mata. Al-Fatihah.

Baca juga: Tiba-Tiba Meluru Masuk Lif, Kanak-Kanak Ditemui Maut Jatuh Tingkat Sembilan Hotel, Berikut Kronologi Tragedi

Jangan lupa follow kami di Instagram

Sumber: TikTok Faizal Husain