BAGI korang yang masih memiliki 'surat cinta' daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum dijelaskan, ini peluang terbaik.
Tawaran diskaun itu adalah bersempena program 100 hari Aspirasi #KeluargaMalaysia, yang dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Bagaimanapun, kata Mat Kasim, tawaran pengurangan saman itu tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.
Ujarnya, orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi polis atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery, seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.
Baca juga Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 80 peratus!
Jadi, ayuhlah kita rebut peluang tebus diskaun yang diberikan bagi melangsaikan semua surat saman yang ada tu.