BAGI pengguna jalan raya yang pernah mendapat ‘surat cinta’ dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), ini berita baik buat korang.

Korang kini boleh menarik nafas lega apabila JPJ menawarkan pengurangan bayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) bermula 9 hingga 12 Disember ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengurangan bayaran saman itu dilaksanakan sempena sambutan Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis ini.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, diskaun bayaran saman itu bagaimanapun tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Menurutnya, kemudahan bayaran saman itu turut disediakan menerusi kemudahan Unit Mudah Alih JPJ dan Kioks JPJ di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan seluruh pejabat JPJ di seluruh negara.

Katanya, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

Iklan

Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 70 peratus!

Namun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang telah didaftarkan di mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

Iklan

Jelasnya, tawaran ini turut diberikan kepada semua Notis Saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa, dengan syarat urusan pembayaran tersebut dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu 9 Disember sehingga 12 Disember ini.

Baca juga Rebut peluang! Warga Selangor boleh ambil ‘booster’ percuma bermula esok

Dalam pada itu, orang ramai disarankan membuat semakan status saman terlebih dahulu, terutama rekod yang melibatkan saman AES (melalui portal mySIKAP JPJ), atau di mana-mana Kaunter Pejabat JPJ.

Justeru, rebutlah peluang untuk melangsaikan saman yang ada dalam waktu ini.