BARU-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia.
Pemilihan tarikh itu juga dimaklumkan telah dipersetujui Jemaah Menteri.
Pengisytiharan Hari Batik Malaysia mendapat sambutan menggalakkan seluruh rakyat sebagai tanda sokongan kepada hasil seni tekstil warisan negara.
Baca juga: Selamba 'Meeting Online' Berkain Batik, Aksi Mat Salih Raih Perhatian Warganet
Apakah sebenarnya Hari Batik Malaysia ini?
- Ia sebagai galakan kepada seluruh rakyat, sama ada pihak swasta dan masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.
- Pemangkin kepada pemerkasaan industri kraf batik tempatan dan rantaian pengeluaran batik negara
- Tanda penghargaan atas sumbangan, sokongan dan minat dalam kraf batik ditonjolkan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Badawi
Hari OKU Sedunia turut disambut 3 Disember
Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang juga Presiden OKU Sentral berkata Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia turut disambut di seluruh dunia pada tarikh tersebut setiap tahun.
Justeru, beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meminta agar kerajaan memberi perhatian dan memohon kepada kerajaan agar cadangannya supaya sambutan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember ditukar kepada tarikh lain.
[caption id="attachment_67569" width="800"] Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik[/caption]
Memetik laporan Sinar Harian, berikut tiga sebab dikemukakan Ras Adiba pada persidangan Dewan Negara baru-baru ini:
1- Hari OKU Sedunia turut disambut pada tarikh 3 Disember setiap tahun di seluruh dunia.
2-Katanya menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), 15 peratus populasi sebuah negara adalah OKU.
3-4.8 juta daripada Keluarga Malaysi adalah dalam kalangan OKU.
Hari Batik Malaysia dan Hari OKU Sedunia adalah dua sambutan yang bermakna dalam masyarakat kita.
Diharapkan kedua-duanya dapat diberikan perhatian sewajarnya.
Sumber: Sinar Harian