KAIN batik adalah kain yang sering dipakai kaum wanita di Malaysia. Ia malah menjadi simbolik wanita Melayu yang mempamerkan personaliti yang sopan dan klasik.

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di laman sosial TikTok gara-gara seorang lelaki memakai kain batik bersama sut dan kemeja semasa menghadiri panggilan video.

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

Pengguna TikTok @kevinolearytv berkongsi video berdurasi 12 saat itu merupakan seorang hartawan, ahli perniagaan terkenal Kanada yang juga seorang personaliti TV.

Kevin O’Leary pernah dan membintangi rancangan realiti TV, Shark Tank.

Video yang memaparkan tip kewangan itu oleh O’ Leary itu meraih perhatian warga maya, terutamanya dari Asia Tenggara.

Kain batik berwarna biru muda yang dipakainya dipercayai jenis batik Terengganu yang kaya dengan nilai estetika.

Aksi O’ Leary mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengakui ia sangat selesa dipakai, malah ada bergurau mengatakan ibu dan nenek mereka mahukan kain itu kembali.

Baca juga: [VIDEO] Wanita Tionghua ‘Review’ Van Jenazah Buat Ramai Kagum. Perincian Yang Dibuatnya Sangat Ringkas, Tapi Jelas

@hurairahisme:as a kain sarung wearer – the batik looks well seasoned and worn so regularly it looks so comfy.”

@Salman: “It’s that ‘kain batik.”

@Mohd Nadzir: “Steady atas pakai suit, bawah pakai kain batik lepas.”

@Ben Stifler: “My mom want that sarong back, sir.”

Iklan

@Ena: “My grandma was looking for her lost batik. Please kindly return it back ASAP.”

@Imran Ajmain: “Mak saya call, Encik. Dia minta kain dia balik.”

@kevinolearytvWhat do you spend most on? Share this with someone who spends beyond their means! ##kevinoleary♬ original sound – Mr. Wonderful

Ini bukanlah kali pertama kain batik mendapat perhatian personaliti luar negara.

Iklan

Baca juga: Kumpul Duit Syiling Lebih 4 Tahun, Peniaga Jalanan Ini Mampu Beli Kereta Idaman Secara Tunai Buat Ramai Kagum

Terdahulu aktres, Jada Pinkett Smith tampil berkain batik. Selebriti Hollywood seperti Beyonce, Paris Hilton, Heidi Klum, Jessica Alba, Reese Whiterspoon dan Lily Collins juga pernah menggayakan motif batik pada pakaian mereka.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @kevinolearytv 

Foto: Pinterest, Shopee