Pencemaran bau diesel di Sungai Semenyih, 463 kawasan Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Iklan
Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Katanya, pihak Air Selangor akan mengemaskini maklumat berkaitan insiden ini dari masa ke semasa di semua laman sosial medianya.

Berikutan henti tugas LRA Sungai Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Iklan

Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi aplikasi Air Selangor.

Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.

Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19.

Baca juga Kanak-kanak 8 tahun rakyat Malaysia pertama positif varian Omicron, 8 info ringkas berkaitan

Air Selangor juga sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.