VARIAN Omicron yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang membimbangkan (variant of concern – VOC) telah dikesan di negara kita awal Disember lalu.

Bagaimanapun, kes pertama itu melibatkan seorang pengembara yang juga pelajar di sebuah universiti di Ipon, Perak dan bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun hari ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) dalam sidang akhbar di Parlimen sebentar tadi mengesahkan seorang rakyat Malaysia pertama dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.

Ini info lengkap mengenainya;

1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.

2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.

Iklan

Belum habis Covid-19, mahasiswa di China diserang Norovirus pula

3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.

4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.

5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.

6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.

7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.

Baca juga Dijumpai sedang tunggu pak cik beli aiskrim, ini kronologi 6 jam anak hilang diculik

8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.

Iklan

Justeru, sama-samalah kita terus amalkan pematuhan SOP walau di mana berada. Elakkan berada di kawasan yang dikunjungi ramai.