'Geng Nana' sindiket jual bayi RM12,000 aktif di Instagram berjaya ditumpas, 9 fakta berkaitan

Iklan
bayi

SINDIKET pemerdagangan manusia di negara kita dilihat semakin berleluasa.

Terbaharu, sindiket pemerdagangan bayi yang melakukan transaksi penjualan secara terang-terangan di laman Instagram dengan harga RM12,000 setiap bayi, berjaya ditumpaskan polis Melaka.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, ini sembilan fakta kejadian berkenaan;

Iklan

1. Sindiket didalangi wanita tempatan berusia 33 tahun bergerak aktif sejak Mac tahun lalu dengan menyasarkan gadis dan wanita yang sedang hamil anak luar nikah sebelum mencari keluarga angkat yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan zuriat.

2. Seramai 14 ahli sindiket yang dikenali Geng Nana termasuk empat warga Indonesia ditahan sebelum tiga bayi berusia tiga hingga tujuh bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan.

Iklan

3. Sepasang suami isteri berusia 40-an yang dipercayai sebagai pembeli bayi berusia tiga bulan, turut ditahan menerusi Op Pintas Nana yang dilaksanakan sejak 30 November lalu.

Baca juga Sekelip mata terbaring atas jalan raya cerita suami, ini kronologi kejadian maut ragut 9 beranak

7. Pihak polis percaya sindiket tersebut ada seorang lagi wanita hamil yang sedang menunggu tempoh bersalin untuk menyerahkan juga anaknya kepada mereka dan ini juga akan dicari.

Baca juga Hulu Langat ibarat dilanda tsunami, 10 hilang di Pahang. Ini keadaan terkini banjir seluruh negara

8. Daripada tujuh kes yang telah dikesan sebelum ini, semua kelahiran berkenaan disambut oleh seorang wanita yang masih bebas dengan bayaran upah RM1,000 setiap bayi dan wanita-wanita hamil yang terlibat juga berusia hanya lingkungan 20-an.

9. Semua suspek kini direman sehingga 27 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan migran 2007.

Abdul Majid berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka sebentar tadi.