JUMAAT lalu negara sekali lagi diselubungi pilu dan sedih dengan kehilangan seorang wanita bersama lapan anak dalam satu kemalangan tragis melibatkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.

Tragedi tersebut lagi mengharukan kerana terdapat beberapa foto tular yang memaparkan detik kejadian ngeri itu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujar satu-satunya insan yang selamat dalam kemalangan tersebut, Abd Razak Majit, 50, dia terpaksa menerima kenyataan itu walaupun amat perit untuk ditelan.

“Walaupun perit untuk menerima kenyataan ini, saya reda dengan ujian ALLAH SWT dan berdoa supaya roh isteri serta anak-anak ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya kepada portal tempatan.

Dia kehilangan isteri tercinta, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Bagaimanapun, seorang lagi anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun terselamat kerana tidak mengikuti keluarga berkenaan.

Berikut kronologi kejadian;

1. Abd Razak dan sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

2. Secara tiba-tiba, Proton Wira dinaiki mereka mengalami kerosakan bateri dan terpaksa berhenti di tepi jalan.

3. Ketika memeriksa kereta, sekelip mata Abd Razak sedar sudah terbaring atas jalan. Manakala kenderaan mereka pula berada di bawah treler.

Sekelip mata terbaring atas jalan raya cerita suami, ini kronologi kejadian maut ragut 9 beranak

4. Sebelum itu, Norul Naziah ada menghantar kiriman mesej dan audio di WhatsApp kepada adiknya jam 10.18 malam hari kejadian memaklumkan kereta dinaikinya rosak selepas dimasuki air akibat banjir.

5. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ujarnya, anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada polis.

6. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pemandu treler terbabit seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hasil ujian alkohol dan air kencing didapati negatif. Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan dan dua kereta lain ketika itu berhenti untuk memberi bantuan.

7. Jenazah sembilan sekeluarga itu dimandikan dan disembahyangkan di Unit Forensik, Hospital Shah Alam pada 9 pagi 19 Disember, sebelum dibawa menggunakan lapan van jenazah yang diiringi sepasukan polis trafik.

8. Semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad mengikut turutan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, jam 1.30 tengah hari 19 Disember 2021.

Baca juga Sri Muda ‘trending’ di Twitter, keadaan mangsa terkandas, proses menyelamat runtun hati rakyat Malaysia

Dalam pada itu, turut terkorban ialah mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, Abd Razak pula cedera ringan di kaki kanan manakala mereka yang menaiki sebuah lagi kereta iaitu Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun juga cedera ringan.

Sementara itu, pemandu treler berkenaan yang berusia 45 tahun dan dua anak lelakinya, masing-masing berusia 19 dan 14 tahun tidak mengalami kecederaan.

Abd Razak yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bersyukur proses pengebumian berjalan lancar dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.