Setiap rumah perlu ada 'beg kecemasan bencana', ini senarai barangan paling penting

Iklan
04

BENCANA alam yang datang tiada siapa yang menduga. Lebih-lebih lagi ia melanda tanpa sebarang tanda dan isyarat.

Seperti banjir yang sedang melanda negara kita yang mana bukan sahaja melibatkan negeri di Pantai Timur malah turut mengakibatkan Lembah Klang menjadi lumpuh dek bah besar.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Oleh sebab itu sebagai langkah persediaan, penting untuk adanya 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.

Iklan

Ia dikenali sebagai BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.

Iklan

Jika datangnya apa-apa bencana boleh terus grab satu beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.

Masih belum terlewat untuk orang ramai sediakan BOB ini memandangkan cuaca masih tidak menentu ini.

Justeru itu, seorang individu bernama Wan Ab Aziz tampil membuat satu perkongsian senarai barangan yang penting dalam 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN. Antaranya;

Sila sediakan mengikut kesesuaian diri dan tempat.

6. Bagi wanita, tuala wanita

7. Tisu basah, tisu tandas

8. Bekas untuk isi air

9. Plastik wrap

16. Wisel

17. Tape pelekat

18. Tali

19. Sarung tangan

20. Bateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)

21. Radio

22. Lampu suluh (boleh cari yang sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)

23. Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)

*Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang).

Baca juga 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, Siap Siaga Hadapi Bencana Alam, 11 Item Ini Perlu Ada

Katanya, sebaiknya beg sandang. Sila tulis nama, dan sedikit maklumat ringkas pada beg tersebut. Kalau tidak menyusahkan, sebaiknya sediakan satu beg bagi satu orang.

Jadi, orang ramai bolehlah beli siap-siap sebab bencana ini datang di luar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan. Semoga kita sentiasa dilindungi.