Kemalangan maut 9 beranak: Suami diserap kakitangan tetap, anak tidak terlibat nahas ditaja pendidikan

Iklan
2

KEMALANGAN meragut nyawa sembilan sekeluarga baru-baru ini sungguh menyayat hati.

Proton Wira dinaiki wanita, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan anaknya maut dalam kemalangan tragis apabila kenderaan terperosok di bawah treler selepas berhenti kerana mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

Suami Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50, adalah satu-satunya yang selamat dalam kemalangan itu.

Seorang lagi anak mereka yang tidak terlibat nahas, Haikal Faiz,14, berhadapan kehilangan besar selepas ibu dan adik-beradik pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata.

Iklan

Baca juga: Sekelip mata terbaring atas jalan raya cerita suami, ini kronologi kejadian maut ragut 9 beranak

Iklan

Kisah memeritkan dua beranak itu mendapat perhatian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Difahamkan, Abd Razak bertugas sebagai pengawal keselamatan di agensi di bawah MITI iaitu Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Shah Alam.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menziarahi kediaman kakitangannya itu di Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

Selain menyampaikan sumbangan, Azmin turut berkongsi berita gembira buat Abdul Razak dan Haikal yang mana lelaki itu diserap sebagai staf tetap SIRIM manakala Haikal Faiz pula diberi penajaan pendidikan.

"Abd Razak, mangsa kemalangan yang mengorbankan sembilan orang keluarganya adalah pengawal keselamatan kontrak SIRIM (Agensi MITI).

"Hari ini, kami telah mengambil beliau sebagai kakitangan tetap.

"Kami juga akan menanggung pendidikan anaknya yang tidak terlibat dalam nahas itu, Haikal Faiz.

"Semoga bantuan SIRIM ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga dan mampu menjadi semangat kepada Haikal mengejar cita-citanya,” titip Azmin di Twitter.

Kemalangan yang menimpa Abd Razak dan keluarga meraih perhatian seluruh negara.

Selain isteri tercinta, Norul Naziah Buyong, 37, lelaki itu turut kehilangan lapan anak iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

[caption id="attachment_68185" width="720"] Allahyarham Norul Naziah bersama anak-anak.[/caption]

Nahas itu turut mengorbankan mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27.

Sumber:">Twitter Mohamed Azmin Ali