BARU-BARU ini heboh di negara kita apabila tularnya sebuah video membabitkan kakitangan awam yang mendedahkan kelakuan curang suami secara terbuka di media sosial.
Menerusi video itu, isteri kepada pegawai kesihatan berkenaan berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita lain malah dia turut diceraikan pada masa yang sama di hadapan wanita yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya itu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Ya, bukan senang untuk dilalui oleh wanita apabila berhadapan dengan suami curang lebih-lebih lagi sehingga ke tahap berzina. Allahukbar!
Menurut peguam Syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Amir Hamzah, tidak mudah untuk diterima keadaan itu kerana sebagai perempuan, apabila suami curang, pasti akan rasa sakit hati, dikhianati dan hilang rasa percaya.
Katanya, tetapi sebagai wanita haruslah bijak yang paling penting perlulah pandai mengawal emosi.
Antara langkah yang perlu dibuat isteri ketika berhadapan situasi itu antaranya;
1. Kena terima dengan hati yang terbuka bahawa perasaan kasih sayang ini milik ALLAH dan kita sebagai manusia, perasaan kita ini sering berbolak balik.
2. Bukan sahaja dengan pasangan malah dengan tuhan pun kita kadang kala tak terkecuali. Bila tahu suami curang, kalau kesalahan pertama atau kedua kali, jika boleh beri peluang kita cuba bagi.
Baca juga [VIDEO]Kasih abang dukung adik tak boleh berjalan bawa jumpa suami buat ramai sebak
3. Kena muhasabah diri, bahawa itu ujian dalam perkahwinan dan semua orang melakukan kesilapan.
4. Cuba bincang dalam keadaan tenang dan selami dari hati ke hati.
5. Yang penting jangan bertindak mengikut emosi. Bila kita bertindak ikut emosi maka tindakan kita kadang kala nampak kurang bijak.
Ujar Nurain, sekiranya berpisah menjadi pilihan yang terbaik, maka ini yang boleh dilakukan;
1. Dapatkan nasihat daripada orang yang bertauliah sama ada kakitangan mahkamah atau peguam syarie.
Baca juga Cuba dulu, pasti jadi!6 cara hilangkan bau busuk, hapak, kepam kereta guna bahan semula jadi
2. Failkan kes perceraian di mahkamah.
3. Selepas bercerai, isteri berhak menuntut hak selepas perceraian, seperti;
- Nafkah eddah
- Hutang perkahwinan jika ada
- Harta sepencarian jika ada.
- Hak jagaan anak
- Nafkah anak
- Tunggakkan nafkah isteri jika ada
- Mutaah.
Kesemuanya boleh dituntut di mahkamah shariah dan dapatkan nasihat daripada individu bertauliah untuk memulakan prosiding supaya proses lebih lancar dan teratur.
Semoga bermanfaat!